Seronoknya Boleh Tengok Orang Luar Tarik Beg Untuk Pergi Bercuti.

Sejak semalam, tular beberapa gambar memaparkan kegembiraan pelancong dari beberapa negara tiba di Pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket. Selepas lebih setahun ditutup ekoran pandemik Covid-19, Phuket akhirnya dibuka kepada pelancong asing.

Difahamkan, pelancong yang masuk ke Phuket tidak perlu lagi menjalani kuarantin sekiranya mereka sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 lengkap. Suntikan itu perlu lah sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari dan hasil ujian saringan wajib negatif ketika tiba di negara ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Thailand, Bhummikitti Ruktaengam berkata, pelancong perlu menunggu keputusan ujian saringan di dalam bilik hotel dan sekiranya negatif, mereka bebas bergerak di seluruh Phuket.

“Jika mereka ingin mengunjungi bahagian lain di Thailand, mereka perlu duduk di Phuket sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu,” katanya. Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di beberapa platform media sosial, waranet Malaysia dilihat agak sedih apabila tidak dapat menyertai pelancong negara lain ke Phuket.

“Bestnya tarik beg luggage bercuti, lama tak merasa” “Bila lah Malaysia nak kurang kes ni, aku dah rindu nak travel, travel dalam negara pun jadilah,” tulis beberapa warganet. ifahamkan, Phuket menjadi wilayah pertama di Thailand yang menerima kunjungan pelancong asing tanpa keperluan kuarantin.

Terkini Terengganu benarkan solat jumaat solat aidiladha dan ibadah korban sebab kes covid terkawal.

Bermula hari esok, negeri Terengganu membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja. Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

“Kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Solat fardhu berjemaah masih dihadkan 12 orang

Sementara itu, bagi solat fardhu secara berjemaah di masjid dan surau pula, bilangan jemaah yang dihadkan masih kekal 12 orang. Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.

Korban dan akikah dibenarkan bersyarat

Dalam pada itu, Osman berkata, pelaksanaan ibadah korban dan akikah adalah dibenarkan di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) atau rumah penymblihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, perkarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Jumlah haiwan korban dihadkan kepada 5 ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penymblihan yang dibenarkan manakala jumlah petugas perlulah tidak melebihi 10 orang. Untuk rekod, Terengganu dikategorikan antara negeri yang mempunyai kes positif COVID-19 terendah di Malaysia dengan bilangan sebanyak 50 kes, pada hari ini.

Lepas Hospital Sg Buloh kali ni Hospital Ampang pula dijadikan Hospital khusus untuk covid 19 di Selangor. Rupanya ini punca.

Meskipun selepas 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, kes harian masih 4 angka dan tidak menunjukkan penurunan yang banyak. Makin membimbangkan lagi apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi terus meningkat sekali gus membuatkan kadar penggunaan katil untuk merawat pesakit Covid-19 melebihi 100 peratus.

Terbaru, Hospital Ampang dilaporkan telah diubah menjadi hospital khusus Covid-19 berkuat kuasa semalam, 23 Jun dan menjadikan ia hospital Covid-19 penuh yang kedua di Selangor selepas Hospital Sungai Buloh.

Menurut Malaysiakini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menukar status hospital itu daripada Hospital Hybrid Covid-19 kepada Hospital Covid-19 bermula serta merta semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor Sha’ari Ngadiman berkata, “Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang tinggi terutamanya yang melibatkan pesakit kategori 3 dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.”

Jumlah kes harian yang tinggi di Selangor menyebabkan purata penggunaan katil hospital sedia ada melebihi tahap maksimum. Keadaan itu turut menyebabkan pusat kuarantin berisiko rendah MAEPS sukar untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

Dengan penukaran status Hospital Ampang itu, kini semua rujukan pesakit bukan Covid-19 dari kemudahan lain ke hospital berkenaan harus dihentikan buat sementara waktu. Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh terlebih dahulu dijadikan hospital khusus Covid-19 utama di Selangor pada bulan Mac 2020, ketika awal penularan wabak ini.

Akhirnya rakyat Brunei hidup tanpa pakai pelitup muka. Rupanya ini 11 cara Negara Brunei buat untuk jadi bebas covid 19 yang ramai tak tahu.

Baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Baginda Isteri bersama kerabat di Raja berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiaj di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Brunei.

Apa yang menariknya mengenai sambutan ini apabila meluhatkan hampir kesemua kerabat di raja dan rakyat Brunei sudah tidak lagi memakai pelitup muka dan hidung pada kala dunia sedang bergelut dengan pandemik dek covid-19.

Tidak hairan bagaimana mereka sudah boleh hidup beba seolah-olah sudah tidak ada Corona virus ini kerana lebih setahun negara Brunei Darussalam dilaporkan tidak mempunyai kes baru cov1d-19.

kes tempatan terakhir dilaporkan di negara ialah pada 6 Mei tahun lalu. Negara dengan populasi 450,000 penduduk itu pertama kali melaporkan kes cov1d-19 pada 9 Mac 2020. Walaupun setahun bebas daripada kes tempatan, Brunei masih mengesan jangkitan covi1d-19 pada pelancong asing.

Negara ini melaporkan satu kes baru yang diimport covid-19 menjadikan jumlah nasional menjadi 229. Dengan penambahan itu, sebanyak 88 k3s yang diimport telah disahkan sejak k3s jangk1t4n tempatan terakhir pada 6 Mei 2020.

Menurut Kementerian kesihatan Brunei, k3s baharu itu melibatkan wanita berusia 20 tahun yang tiba dari Eropah melalui Singapura pada 23 April 2021. Wanita berkenaan mengalami demam bersuhu tinggi, batuk dan hil4ng deria bau dan rasa sejak 30 April.

Siasatan telah mengesahkan bahawa tidak ada kontak rapat untuk k3s tersebut kerana dia dikuarantin sebaik tiba di negara itu. Dia dirawat dan dipantau di Pusat Pengasingan Nasional bersama dengan enam k3s aktif lain, semuanya dalam keadaan stabil.

Sejumlah tiga pemergian dan 219 pemulihan telah dilaporkan setakat ini di Brunei. Negara pertama Asia Tenggara yang menerapkan syariat Islam itu memulakan Program Vaksinasi Nasional pada 3 April tahun ini dengan 17,776 orang telah menerima vaksin cov1d-19 hingga 5 Mei 2021.

Brunei telah membenarkan penggunaan kecemasan untuk beberapa vaksin, iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Sinopharm. “Pada masa ini, vaksin cov1d-19 masih dilaksanakan untuk fasa satu, yang terdiri daripada barisan depan, pelajar yang belajar di luar negara dan warga emas berusia 60 tahun ke atas,” kata Kementerian k3sihatan Brunei seperti yang dipetik daripada Xinhua.

“Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan warga emas kerana golongan ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti cov1d-19. Warga emas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi yang lebih teruk,” kata kementerian itu.

Kementerian k3sihatan Brunei terus menggalakkan orang untuk mengambil bahagian dalam program vaksinasi nasional, walaupun tidak wajib. “Mendapatkan vaksin cov1d-19 adalah langkah paling berk3san untuk melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat kita dari k3san berbahaya korona,” kata kementerian itu.

Berikut adalah langkah pencegahan Cov1d-19 yang dilakukan Brunei:

1)Pembinaan Bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong bagi menempatkan pes4kit-pes4kit yang telah pun disahkan positif dari jangk1t4n cov1d-19 untuk dipantau rapi.

2)Pembinaan bangunan tambahan Makmal Rujukan Virologi Kebangsaan di Kampung Sumbiling, Bandar Seri Begawan bagi menambah kapasiti dan mempercepatkan proses ujian makmal bagi cov1d-19.

3)Penyediaan Pusat-Pusat Pemantauan bagi warga asing, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang masuk ke Negara Brunei Darussalam dari luar negara bagi menjalankan kuarantin.

4) Penyediaan Self Assessment Tool healthinfo.gov.bn bagi membantu individu untuk membuat penilaian jika mereka menghidap simptom-simptom cov1d-19 dan usaha untuk menghasilkan masa sebenar ataupun real-time Government dashboard.

5) Pembukaan Sementara Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara bagi memudahkan aksesibiliti ke daerah Temburong. Jambatan berkenaan adalah dibukakan dari pukul 6 pagi hingga 6 petang sahaja setiap hari bermula 19 Mac 2020.

6) Elaun khas sebanyak $400 sebulan iaitu sebanyak RM1242.80 khusus kepada para doktor, jururawat, parademik, pemandu, ambulan, sukarelawan, pembersih, penjaga k3selamatan dan k3semua mereka yang bertugas dengan Kementerian k3sihatan Brunei.

7) Pemantauan harga barangan sentiasa dijalankan bagi barangan seperti beras, gula dan barangan keperluan lain contohnya sanitizer tangan dan pelitup muka bagi melindungi pengguna.

8) Memperkasa perkhidmatan telekomunikasi bagi dapat memenuhi jangkaan permintaan yang makin meningkat. 9) Penutupan semebntara masjid, surau dan balai ibadah seluruh negara Brunei Darussalam.

10) Acara-acara keramaian atau berkumpulan termasuk majlis perkahwinan dan acara k3sukanan adalah tidak dibenarkan buat sementara waktu. 11) Premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, medan selera, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis dan hanya dibenarkanuntuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang saja (takeaway).

Kompleks dan fasiliti sukantertutup diseluruh negara termasuk gimnasium, pusat boling dan padang golf serta muzium-muzium dan galeri, pusat-pusat belia, perpustakaan negara itu ditutup operasi.

Malaysia Juga Pasti Boleh Menang Sekali Lagi

Jangan berputus-asa wahai rakyat Malaysia. Kita juga pernah mencatatkan angka sifar k3s cov1d-19 sekitar Julai tahun lalu. Ini semua berjaya kita capai setelah bertungkus-lumus bersama-sama menjayakan PKP 1.0 yang disarankan kerajaan.

Dan, ternyata ia memberi impak yang sangat positif apabila kita dapat kembali menjalani kehidupan lebih baik walau denga norma baharu yang digariskan bersama beberapa SOP penting.

Dan, dengan semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah mula mengambil vaksin diharapkan perlaksanaan total lockdown yang akan diadakan sekali lagi pada 1 Jun nanti akan memberikan kemenangan semula kepada rakyat Malaysia.

Apa yang penting sekarang adalah dengan mematahui saranan Kementerian k3sihatan Malaysia untuk duduk di rumah dan amalkan SOP yang telah ditetapkan. Jangan merentas negeri dan daerah tanpa sebab yang munasabah.

Buat masa ini, ketepikan semua kepentingan diri. Kita harus berganding bahu untuk memutuskan rantaian w4b4k ini. Insya Allah, jangan putus berdoa.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*