[VIDEO] ‘Ibu..Ibu Pergi Mana’ – Terkandas 2 Bulan Akibat PJJ, Anak Menangis Rindu Ibu Bikin Sebak

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan memang tidak dapat dinafikan ramai merindui keluarga serta ibu bapa yang telah lama berjauhan sejak beberapa bulan ini. Namun, lagi sedih apabila melihat seorang anak kecil yang merindui ibunya yang berjauhan.

Menerusi kisah yang dikongsikan oleh Afiqqah Sani di akaun Facebook, wanita berkenaan berkongsi reaksi seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad yang menangis kerana merindui ibunya. Si kecil berkenaan hanya baru berusia dua tahun setengah dan dikatakan sudah dua bulan tidak bertemu dengan ibunya sendiri.

Wahai yang berada di atas sana. Kami yang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) ni bukan suka-suka nak mohon rentas negeri. Bukan asbab kepentingan diri kami iaitu ibu dan bapa tapi lebih kepada kasihakan anak-anak.

Anak ini baru dua tahun setengah tapi dia juga faham erti rindu. Tidurnya dalam tangisan.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak ini akan mengelak daripada melihat wajah ibunya sendiri setiap kali diajak membuat panggilan video. Tambahnya lagi, tangisan Muhammad makin kuat kerana tidak dapat berjumpa ibunya.

Video call tak sama dengan sentuhan fizikal. Peluk cium ibu dan ayah.

Walaupun, dia sendiri mengetahui bahawa prosedur yang sedia ada ini adalah untuk kebaikan rakyat, namun Afiqqah mengharap agar terma dan syarat rentas negeri diperhalusi untuk pasangan PJJ seperti mereka.

Doakan kami semua tabah untuk mengharungi hari-hari seterusnya. Alhamdulillah 9 tahun PJJ.

‘Ibu.. Ibu pergi mana..’

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Afiqqah Sani via Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*