“Tok Sidang Amek Masa Pikior Ngaper Dia Bagi Skipping Rope Ni…” -Jinggo Syak Elisya Sandha Mahu Dirinya Kurus

Selepas 10 hari menerima hadiah Hari Bapa daripada bakal menantunya iaitu Elisya Sandha, nampaknya penerbit Jinggo masih lagi tertanya-tanya maksud sebalik hadiah yang diterimanya itu.

Menurut Jinggo, Elisya telah menghadiahkan set skipping rope kepadanya tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan bakal menantunya.

Lebih melucukan, Jinggo turut sempat menulis caption yang mencuit hati bagi meneka sebab utama kehadiran skipping rope tersebut.

 “Tok Sidang amek masa pikior ngaper dia bagi Skipping Rope ni…

A. Pasei nampak teman udoh gemok…

B. Nampak perot teman udoh boroi

C. Nak bagitau tak payoh le nak ngayuh nak lari.. melompat jer depan rhumoh.. awok tu udoh tua…

D. Kesemua di atas, cube jangan degil!!!😜🤪”

Kebanyakan komen yang ditinggalkan pada posting tersebut memilih jawapan D yang mana semua yang dinyatakan olehnya merupakan sebab utama Elisya memberikan hadiah itu.

Nampaknya boleh jadi lepasni Jinggo atau lebih mesra dengan panggilan Tok Sidang di laman Instagram itu dapat menjalani kehidupan sihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Seronok tengok hubungan baik antara keluarga Jinggo dan Elisya ni!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Jinggo via HF

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*