Mungkin bagi sesetengah orang menganggap kerjaya seorang pelakon itu merupakan satu kerja mudah yang mana hanya memerlukan mereka menghafal skrip sahaja.
Namun hakikatnya mereka perlu menghayati watak supaya apa yang disampaikan itu diterima baik oleh para penonton.
View this post on Instagram
Bagi pelakon Aprena Manrose, beliau mempunyai cara tersendiri bagi mendapatkan mood sed!h dalam lakonan yang dibawakan olehnya.
Menerusi posting terbaharu di laman Instagram, Aprena ada memuat naik satu video pendek menyaksikan beliau mendengar lagu sed!h terlebih dahulu sebelum mula berlakon bagi mendapatkan feel bergenang air mata.
Video tersebut di ambil di Pulau Langkawi sewaktu penggambaran drama Hatimu Sedingin Salju lakonannya bersama dengan Hisham Hamid yang telah disiarkan di TV3.
Disebabkan video itu, ramai yang memuji cara penghayatan yang dilakukan oleh Aprena yang mana seringkali membuatkan ramai terkes@n dengan lakonannya.
Jangan ingat jadi pelakon ni senang, susah ya sebenarnya banyak yang perlu dilakukan untuk mendapatkan penghayatan dan juga memerlukan skill tersendiri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Instagram Aprena Manrose via HF
Leave a Reply