Tindakan pelakon, Aedy Ashraf memuat naik tangkapan skrin perbualan dengan YouTuber kontr0versi Isa Isarb melalui pesanan mesej di Instagram mengundang pelbagai reaksi warganet.
Menerusi ciapan di laman Twitter, pelakon berusia 28 tahun itu seolah-olah menyahut satu cabaran sebelum mendapat maklum balas daripada Isa yang bercakap mengenai ‘perlawanan’.
Kita nak fight dia, dia nak bg kita nasihat pulak. Anne teh tarik ikat tepi satu. pic.twitter.com/wkJS0Kc4nx
— Aedy Ashraf (@aedyxashraf) June 25, 2021
“Kita nak fight dia, dia nak bg kita nasihat pulak. Anne teh tarik ikat tepi satu,” tulis pelakon drama Budak Tebing itu.
Berdasarkan maklum balas tersebut, Isa dipercayai bercadang untuk mengadakan sebuah perlawanan tinju di stadium yang boleh dihadiri oleh orang awam.
“Aedy, my nasihat ah… Don’t go fight a professional fighter. Actually we can make a big event kita-kita je. Let me find a sponsorship and big broadcast.
“Maybe we can kerjasama with Astro First or etc. Insya-Allah lepas habis pandemik, stadium pun orang dah boleh masuk.
“Barulah sedap buat event fight. Ajak semua orang berpengaruh and do the event,” tulis YouTuber berusia 23 tahun itu.
Selain itu, Isa turut membalas ciapan berkenaan meminta pelakon itu bersabar dan melakukan latihan terlebih dahulu selain menyifatkan orang yang ‘bercakap besar’ ini selalunya akan kalah di gelanggang.
Sabar la! Aku sibuk ni
Sabar la pakcik rambut biru. Sye faham.. ramai nak join event fight lepas tgok logan paul. Jgn la mengelupur sgt. Sye bnyak lgi urusan nk kene handle. Bgi sye setlekn dulu, tempias mco 3.0 kt syrikat sye. Awak pegi la training dulu.. biasa org ckp besar mcm awk kaku atas ring. https://t.co/9PCe1uT3LD
— Isa Isarb (@Isa_Isarb) June 25, 2021
“Awak pergi la training dulu.. biasa orang cakap besar macam awak kaku atas ring,” katanya.
Pada Mac lalu, beberapa kenalan Isa did@kwa memukul seorang pemain futsal yang juga rakan kepada Aedy sehingga cedera par@h dalam satu kejadian pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Twitter Aedy Ashraf & Isa Isarb via OMM
Leave a Reply