
Proses kelahiran merupakan detik yang paling mendebarkan buat pasangan suami isteri. Dalam kegembiraan dan keterujaan menimang cahaya mata, pasti rasa perit menahan sakit mahu bersalin dirasai oleh para bakal ibu.
Perhatian suami sangat diperlukan ketika itu untuk memberi semangat dan juga menenangkan isteri tersayang agar proses kelahiran zuriat berjalan dengan lancar.
Tak henti usap kepala isteri
Menerusi perkongsian seorang artis dari Indonesia dikenali sebagai Rey Mbayang, dia telah memuat naik momen menemani isteri yang sedang bertarung nyawa melahirkan cahaya mata mereka.
Dalam wad bersalin, Rey tak henti-henti mengusap kepala isterinya dan bertasbih menenangkan keadaan.
View this post on Instagram
Tasbih tak lepas dari tangan
Menerusi perkongsian yang lain di Instagramnya, terlihat artis tersebut tidak lekang memegang tasbih sepanjang menemani isterinya yang sedang ‘melayan’ sakit hendak bersalin.
Zahirkan rasa gembira & terharu dengan pengorbanan isteri
Lebih menggembirakan, Rey Mbayang menyambut kelahiran anak tersayang tepat pada Hari Bapa tempoh hari dan ia menjadi satu hadiah yang sangat berharga buatnya.
Dia turut mengazankan bayi lelakinya dan kapsyen yang ditulis menerusi media sosial Instagram sungguh mengharukan.
View this post on Instagram
Ramai yang terharu
Momen yang ditunjukkan Rey MBayang itu benar-benar membuatkan banyak pihak terharu dengan usahanya memberikan yang terbaik buat isteri tersayang.
Ia membuatkan peminatnya turut memuat naik kembali perkongsian yang dibuat selebriti berkenaan dan mendapat pelbagai komen positif daripada warganet Indonesia.
beruntung punya istri secantik @dindahw14 dan sesayang @reymbayang ##cinta ##baby ##reymbayang ##PepsiMYxBLACKPINK ##dindahauw ##fypシ
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Instagram Rey Mbayang via BD
Leave a Reply