Perkahwinan bukan hanya menyatukan dua jiwa sahaja, ia juga turut menjadikan dua buah keluarga menjadi satu. Jadi, selain daripada perlu melazimi kebiasaan keluarga mertua terutamanya ibu dan bapa, adik beradik ipar juga salah satu cabaran di awal perkahwinan.
Namun, bagi mereka yang bernikah dengan pasangan yang tidak mempunyai adik-beradik lain, hal tersebut dapat membuatkan para pengantin menarik sedikit nafas lega kerana tidak perlu membiasakan diri dengan ramai orang andai baru-baru berkahwin.
Untung suami anak tunggal
Hal ini dialami sendiri oleh seorang pengguna TikTok Indonesia dikenali sebagai @sinierhartdah apabila suaminya merupakan anak tunggal dalam keluarga.
@sinierhartdahSerem gak sih wkw ##penjuanggaris2 ##pejuanggarisdua
Mertua pun baik sangat
Menurut wanita itu yang melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun lalu, dia berasa sangat beruntung kerana ibu dan bapa mertuanya sangat baik.
Dia juga berasa lega kerana tiada sebarang permusuhan atau perbalahan berlaku melibatkan ipar-duai kerana suami tidak mempunyai adik-beradik lain.
Mertua dah tua kena ikhlas jaga diorang
Menjengah keruangan komen, ramai yang telah meninggalkan pelbagai pendapat berhubung video yang telah dimuat naik oleh @sinierhartdah itu.
Rata-rata mereka memberi sedikit nasihat dengan menyatakan walaupun tiada sebarang konflik adik-beradik akan berlaku, wanita itu perlu rela dan ikhlas menjaga mertua bila tiba orang tua suaminya sudah dimamah usia.
Hal ini disebabkan suaminya merupakan satu-satunya harapan mereka di usia senja hingga ke akhir hayat kelak.
Mertua baik sangat, lagi2 sejak hamil
Tapi risau kalau tak hamil2 diperli terus
Saat manis memang best
Untunglah kalau macam tu
Ada yang dah mula rasa tak best
Buat apa2 kena fikir mertua dulu
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: TikTok sinierhartdah via BD
Leave a Reply