“Saya Nak Puaskan Hati Semua Pelanggan” -Peniaga Syukur Kongsi Rezeki Tanpa Harga K@yangan

Setiap kali tiba musim durian, foto peniaga Mohd Izzuwan Ismail pasti tular semula di media sosial kerana sikap jujurnya yang menjual tanpa buah tersebut tanpa menimbang kulit.

Terbaru, lelaki berusia 32 tahun itu dan ibunya Sharliza Shahidan yang ditemu bual pihak Harian Metro tidak menang tangan menjual durian di gerai mereka di tepi jalan Batu 15, Jalan UUM-Sintok.

“Saya nak puaskan hati semua pelanggan, saya jual durian dengan cara timbang ulas durian dalam bekas tanpa kulit dan kalau ada yang buruk atau keras, saya gantikan dengan yang baru.
“Memang sebelum ini berlaku lambakan durian sehinggakan saya tak tahu cara nak puaskan hati pelanggan kerana ada yang teringin nak makan tapi tak mampu nak beli disebabkan harganya mahal,” kata Sharliza.

Menurut wanita berusia 52 tahun itu, dia menjual dengan cara timbangan ulas yang siap dikupas berikutan pelanggan asyik merungut kerana raja buah itu dijual dengan harga kayangan.

Malah Sharliza mengakui, konsep tersebut tidak merugikan sebaliknya berpuas hati kerana semua pelanggan mampu menikmatinya dengan harga yang berpatutan.

Menerusi reaksi di laman Facebook, Mohd Izzuwan mengucapkan syukur kerana sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk merasa tanpa memikirkan soal harga.

Alhamdulillah.. rezeki merasa sorang sikit

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*