“Berjanji Akan Berbakti Kepada Masyarakat Filipina” -Keluarga Anak Guam Bayar ‘L@wyer’ Guna Ketam

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial seorang peguam dari Filipina yang memuat naik gambar di hadapan mahk@mah sambil memegang ‘sejambak’ ketam hidup yang diberikan oleh ahli keluarga anak guamnya.

Anak guam bagi ketam

Dalam perkongsian pegu@m berkenaan di Facebook, dia memaklumkan yang ahli keluarga anak guamnya tidak mampu membayar khidmat guaman memandangkan mereka merupakan orang sus@h.

Namun begitu, dia langsung tidak mengharapkan bayaran kerana merasakan khidmat tersebut adalah sumbangannya kepada masyarakat.

Bawa balik dan jadikan lauk

Selepas mengucapkan terima kasih kerana memberinya ketam, peguam tersebut, Noel Allen Bose telah membawa pulang dan memasaknya untuk dijadikan hidangan makan bersama keluarga.

Dia memuat naik ketam yang telah dimasak di dalam periuk dan sangat menikmati hidangan tersebut sehingga terpaksa mendapatkan ubat di farmasi kerana mengalami al@han.

Kena beli ubat la pulak

Berjanji akan berbakti kepada masyarakat Filipina

Walau bagaimanapun, dia sangat berterima kasih kepada semua yang memberikan ucapan penghargaan kepadanya setelah membantu masyarakat dalam memberikan khidmat guaman kepada mereka yang susah.

Noel Allen Bose juga berjanji akan terus bekerja keras dengan penuh dedikasi untuk membantu masyarakat Filipina pada masa akan datang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Facebook Noel Allen Bose via BD

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*