“Saya Ingat Bukan Bahasa Inggeris” -Uyaina Arshad Berterima Kasih Pada Individu Yang Memberi Tegur@n

TIDAK menyedari makna disebalik lagu Touch It nyanyian Busta Rhynes, pelakon Uyaina Arshad mem0hon maaf kepada pengikutnya di Instagram kerana menggunakan muzik itu dalam video dikongsi sebelum ini.

Mengakui kes!lapan yang tidak disengajakan itu, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad memberitahu dia pada mulanya beranggapan lagu tersebut bukan berbahasa Inggeris.

“Sejujurnya saya tidak sengaja menggunakan lagu tersebut untuk video saya di Instagram. Saya tak perasan lirik lagu tersebut. Apa-apa pun, saya minta maaf.

Uyaina turut berkongsi lirik tersebut di Instagram.

“Saya gunakan lagu itu sebagai muzik latar video tersebut tanpa memahami lirik. Pertama kali dengar, betul-betul ingat ini bukan bahasa Inggeris. Sebab bunyi lirik itu agak aneh,”

Pelakon berusia 29 tahun itu turut berkongsi video lirik lagu yang berunsur luc@h dengan kapsyen perm0honan maaf di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Rata-rata netizen juga berterima kasih kepada pelakon drama siri Love Elsa itu kerana berkongsi perkara tersebut memandangkan masih ramai orang tidak menyedari tentang lirik tersebut.

Lagu tersebut kerap digunakan pengguna laman sosial termasuklah selebriti dan Instafamous sebagai latar belakang video menggayakan beberapa pakaian.

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini juga mengucapkan terima kasih kepada rakan media yang menegur kes!lapannya itu secara peribadi di Instagram.

Malah Uyaina berharap semua orang terutama dirinya sendiri belajar daripada kes!lapan itu dan tidak lagi mengulangi perkara sama.

Uyaina belajar daripada kes!lapannya.

“Nasib baik ada rakan media yang mesej secara peribadi di Instagram beritahu tentang makna disebalik lirik lagu tersebut. Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi teguran cepat.

“Kepada pengikut saya di Instagram, saya minta maaf. Harap kita semua belajar dari benda ini terutamanya untuk diri saya sendiri,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*