Baru-baru ini, tular 1 video memperlihatkan seorang bapa merakam anaknya menggunakan sebuah telefon bimbit lama. Difahamkan lagi, ketika itu anaknya sedang membuat persembahan ‘choral speaking’ bagi acara perpisahan sekolah.
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar sedang mempersembahkan ‘choral speaking’ di hadapan guru dan ibu bapa.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat seorang lelaki yang sedang merakam persembahan itu menggunakan telefon bimbit model lama untuk mengabadikan momen indah anaknya.
Biarpun ibu bapa lain merakam persembahan anak mereka menggunakan ‘smartphone’ model baru dan canggih, lelaki tersebut tidak menghiraukannya malah tetap merakam gelagat anak tersayang.
VIDEO :
Bukan itu sahaja, dia juga kelihatan sangat bangga apabila merakam momen indah anaknya sehingga habis persembahan. Sudah tentu apabila tiba di rumah nanti video itu akan ditonton bersama dengan si ibu!
Video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata mereka tersentuh melihat ketulusan si bapa.
View this post on Instagram
Ada juga yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapa masing-masin yang telah pergi menghadap ilahi.
Rindu arwah ayah
Walaupun kabur, tapi ayah pasti bahagia
Sedihnya tengok
Balik rumah mesti tonton bersama si ibu
Semoga rezeki si bapa melimpah ruah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Instagram Tante Rempong
Leave a Reply