Rihana Petra Kongsi Identiti Individu Az@nkan Putera Ismail Leon?

Oksana Andreyevna Voevodina, 28 atau lebih dikenali dengan nama Rihana Petra telah berkahwin dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Jun 2018 dan pada 21 Mei 2019 telah melahirkan putera sulungnya yang diberikan nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra sebelum dikatakan berpisah secara rasmi pada Julai 2019.

Baru sahaja berkongsi sambutan hari lahir Leon yang ke-2 tahun, terbaru Rihana memuat naik satu hantaran foto dirinya dan Dr Khavadi Suleimanova yang merupakan kenalan rapat keluarganya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Rihana berkata Dr Khavadi merupakan individu yang banyak membantunya ketika dia berhenti mengambil pil hormon yang dikaitkan dengan masalah kegag4lan hormon yang dialaminya yang turut sama dikaitkan dengan kehilangan berat badannya yang ketara sejak berusia 20 tahun.

“Saya telah mengambil pil-pil hormon tersebut bertahun-tahun sehinggalah saya berkahwin dengan bekas suami saya. Bila kami mula merancang keham1lan sudah tentu saya berhenti mengambil pil-pil horm0n itu. Dr Khavadi sangat-sangat membantu ketika itu”, katanya

Menariknya, di penghujung kapsyen yang ditulis, Rihana berkata perkara paling penting berkaitan Dr Khavadi adalah dia merupakan individu yang menyambut kelahiran Leon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

“Paling penting, Hawadi yang menyambut kelahiran Leon. Jadi anda boleh lah katakan yang dia adalah ahli keluarga kami. Hawadi jugalah yang membacakan di telinga Leona azan yang sama seperti yang dilakukan oleh orang Muslim kepada bayi mreka yang baru dilahirkan. Terima kasih Dr Khavadi kesayangan kami kerana sentiasa ada di sisi kami”.

Mungkin penjelasan Rihana ini dapat menjawab persoalan samada Leon dilahirkan sebagai seorang Muslim ataupun tidak dan bagaimana kehidupannya tanpa Muslim yang bukan mualaf seperti Rihana. Hampir dua tahun netizen kelihatan tertanya-tanya di ruangan komen akaun instagram milik Rihana, diharapkan berpuas hatilah dengan jawapan Rihana itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Malaysia Reporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*