“Menikahi Irwansyah Bukan Kerana Cinta” -Zaskia Sungk@r Selalu Minta Cera!

Pasangan selebriti Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar selalu dijadikan idola oleh kebanyakan pasangan berumah tangga yang lain.

Hal ini kerana mereka berdua dinilai sebagai pasangan yang harmoni dan sangat bahagia sejak menikah pada Januari 2011.

Lebih menjadikan keduanya diminati dan dihormati adalah bagaimana mereka bersabar menunggu sehingga 10 tahun hanya untuk memiliki zuriat pertama.

Namun ternyata, di sebalik perjalanan rumah tangga mereka, Zaskia kerap meminta cer4i daripada Irwansyah.

Hal itu didedahkan Zaskia dalam salah satu konten di YouTube milik Maia Estianty baru baru ini.

Menurut Zaskia yang menikah pada usia 19 tahun, pada awal pernikahan, dia dan Irwan kerap berselisih pendapat sehingga tercetus banyak konflik.

Setiap kali konflik tercetus dia akan meminta cer4i daripada aktor yang terkenal menerusi filem Heart itu. “Kami menikah bukan kerana cinta.

Jadi kami menikah saja kerana kebetulan kita awalnya hanya kawan. Dan selepas berkahwin baru berfikir kenapa kita menikah ya?” kata Zaskia dikutip dari tayangan YouTube Maia Estianty.

“Jadi, kita sekarang sudah 10 tahun menikah. Lima tahunnya itu naik turun. Seperti tiga tahun pertama, yang sangat saya syukuri adalah sikap Irwan yang sangat penyabar.

Dan selepas lima tahun menikah, semuanya menjadi semakin stabil,” lanjut Zaskia. Tambah Zaskia lagi: “Sewaktu menikah saya masih muda, baru 19 tahun.

Sikap pun belum matang. Setiap kali berg4duh saya berasa menyesal sudah menikah dengan Irwan. Jadi lebih baik cer4i, gitulah.” Maia kemudian bertanya siapa yang kerap meminta cer4i.

“Saya,” jawab Zaskia ringkas. Namun dia bersyukur kerana permintaan cer4inya tidak ditunaikan Irwansyah, “Begitulah saya.

Kemudian menangis sendiri. Alhamdulillahnya dia melayan (cer4i),” tambahnya. Kini keduanya mengaku tak pernah lagi mengalami perselisihan masalah sehingga menimbulkan suasana tak harmoni dalam rumah tangga.

Malah kehadiran cahayamata pertama mereka Ukkasya Muhammad Syahki yang lahir beberapa bulan lalu menjadi pengikat kasih sayang yang semakin utuh.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*