
Gelagat haiwan berbulu halus dan gebu ini kadang-kadang sungguh tak disangka. Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang sangat manja dan memiliki perangainya yang tersendiri.
Baru-baru ini satu video yang memaparkan telatah seekor kucing yang sungguh tak dijangka. Dalam rakaman itu dipaparkan seekor kucing yang sedang tidur dengan nyenyaknya. Namun apa yang mencvri perhatian ramai adalah kucing tersebut tidur sambil berdengkur!
Malah kucing yang sedang nyenyak tidur ini juga turut dihulurkan mikrofon. Mendengarkan haiwan ini berdengkur, ramai yang terhibur menyaksikannya. Berikut adalah rakaman kucing berdengkur dihulur mikrofon yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok dengan nama akaun Itsme_rain84 ini:
@itsme_rain84Dgr time mlm2 confirm larik,xlarik terus pengsan🤣😂🤣😂##fypシ ##catlover ##tiktokmalaysia🇲🇾
Bukan main lagi nyenyak si bulus ini tidur ya! Tapi lain macam juga bunyi dengkur haiwan ini dan tak sangka pula boleh kucing mengeluarkan bunyi sebegini ketika tidur. Apa-apa pun perkongsian rakaman kucing berdengkur dihulur mikrofon ini telah meraih lebih 4 ribu tontonan dan 300 likes.
Rata-rata warganet terhibur dan tak sangka haiwan ini boleh keluarkan bunyi sebegini. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Serius la tu bunyi si meow”
“Adoiii confirm lari sebatu…Hahaha”
“Nape bunyi macam Wonder Girl”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: HCL
Leave a Reply