“Sekeluarga Berdoa Setiap Kali Hujan” -Usahawan Menang!s Tengok Wang Simpanan

DI SEBALIK kejayaan yang dikecapi, banyak liku dan kisah duka pernah dilalui oleh usahawan wanita ini.

Suatu masa lalu, Sara Anna, 28, bersus@h-pay@h membantu keluarga berniaga nasi lemak, namun dia kini mampu tersenyum bangga dengan dirinya.

Sebelum memulakan bisnes produk kecantikan dan kesihatan lapan tahun lalu, dia pernah melakukan banyak kerja demi mencari sesuap nasi untuk dirinya dan keluarga.

Terbaharu, video perkongsian penuh emosi olehnya di aplikasi TikTok turut menjadi perhatian ramai sehingga meraih lebih 70,000 tontonan.

“Tadi Sara pergi bank, lepas tu transfer duitlah semua kan… so Sara dapat tengok berapa saving semua.

“Tiba-tiba rasa sedih sebab bangga sangat boleh ada dekat tahap Sara sekarang. Padahal dulu ingat lagi, Ya Allah sus@hnya hidup kami.

“Sus@h g!la sampai kita kena kerja tiga kerja sehari. Lepas tu buat dropship pun susah tiada orang nak ajar, tak kaya-kaya pun.

Sara menitiskan air mata ketika mengimbas semula kisah hidupnya.

“Kami berdoa setiap hari, setiap kali hujan. Ya Allah ubahlah hidup kami. Nak makan McD (McDonald’s) pun tak ada duit,” luahnya seb@k dalam video tular itu.

Menurut Sara, dia bukan mahu menagih s!mpati, sebaliknya mahu memberi mesej kepada individu di luar sana agar cekal dalam mengejar impian masing-masing.

Bercerita lanjut kepada mStar, Sarah yang kini memiliki 392,000 pengikut di Instagram mengakui dia sudah terbiasa hidup dalam keadaan serba kekur@ngan sejak kecil lagi.

“Dulu kami berniaga nasi lemak, buka gerai kat tepi stesen LRT. Lama juga, bertahun-tahun.

“Saya dan adik beradik tukar-tukar giliran. Hari ini saya pergi sekolah, adik bantu di gerai. Esok tukar, saya pula tak pergi sekolah dan bantu uruskan gerai.

“Dah habis sekolah, dapat peluang kerja ikut event. Masa tu saya buat tiga kerja. Edar nasi lemak lagi.

“Kemudian saya ada buat job ketiga, ia agak tabu sikit. Saya bekerja untuk promote rokok di bar.

“Buat tiga kerja, kadang-kadang time lunch tak makan. Kadang-kadang saya tidur ataupun keluar pergi hantar barang (COD),” ujarnya lagi.

Kata Sara, dia juga tak terlepas menerima komen negatif di media sosial.

Kata Sara, dia kemudiannya dengan modal RM30 mula berniaga produk kosmetik secara dalam talian menerusi aplikasi WeChat.

Secara perlahan-lahan, dia membina legasi perniagaan dan kini mengusahakan produk pemutihan, pelangsingan dan kosmetik.

Sara berkata dia kadang-kala mengalirkan air mata apabila mengenang semula keperitan yang pernah dilalui.

Malah katanya, dia juga bersyukur apabila video kisah suka-dukanya yang dikongsi di TikTok dapat memberi inspirasi kepada orang ramai.

Sara memasang impian untuk membina kilang bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan pada masa akan datang.

“Sudah tentu sedih bila ingat balik. Selalu nangis. Kadang-kadang bila dah berduit kita jadi lupa diri sekejap, makan membazir. Jadi saya cepat-cepat akan remind diri mengenai kesusahan yang pernah dilalui.

“Ramai sebenarnya yang terinspirasi dengan video itu, khususnya ketika ini dengan Covid-19 yang sedang melanda. Ramai yang down dan give up.

“Saya tak sangka, itu bukanlah content untuk marketing. Saya cuma rasa nak berkongsi kisah hidup.

“Ada juga yang komen negatif. Mereka fikir apa yang saya paparkan semuanya paIsu. Mereka skeptikal mengenai saya,” ujarnya lagi.

Mengambil segala yang berlaku sebagai pembakar semangat untuk dirinya, Sara juga menyimpan hasrat untuk membina kilang bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan penginapan lengkap untuk kakitangannya suatu masa nanti.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*