Drama Akasia Masih Ada Rindu yang sudah bersiaran selama 12 episod di TV3 ini ternyata mendapat perhatian ramai sejak ia mula ditayangkan pada 1 Jun lalu.
Keserasian antara dua pelakon utama iaitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan para penonton ternanti-nanti apakah yang bakal berlaku antara mereka berdua dalam minggu akhir nanti.
Bahan perbincangan netizen
Sejak mula ditayangkan, drama Masih Ada Rindu ini juga semakin menjadi bahan perbincangan hangat netizen di laman Twitter. Menariknya, ada yang memuji sinematografi dan sedutan babak drama ini yang setanding dengan kualiti filem Melayu.
Antara babak yang dibincangkan oleh netizen sejak belakangan ini ialah cara Zaleha (Aleza Shadan) mengawal anaknya Nurul Syafika (Mimi Lana) dan sikap Nasya (Dayang Areeda) yang tamak mahukan Hadi (Farid Kamil) dan Imran (Halim Radzi) dalam masa yang sama. Penonton juga yakin bahawa minggu akhir drama ini akan menjadi lagi menarik dan lebih banyak kejutan. Mereka tidak sabar untuk melihat kehidupan Syafika dan Nasya di episod akhir kelak.
Jarang tak sentuh perasaan
Selain komen mengenai watak dan babak dalam drama Masih Ada Rindu, netizen turut memuji garapan pengarah terkenal, Osman Ali yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan permainan emosi dalam setiap filem dan drama arahan beliau.
Buat pengetahuan korang yang belum menonton drama ini lagi, drama Masih Ada Rindu ini mengisahkan tentang kisah pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas. Lebih menyedihkan, si isteri hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Drama yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat akan bersiaran pada pukul 7.00 malam hanya di TV3.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Oh Bulan
Leave a Reply