Peminat Terhibur Gelagat Aeril Zafrel Tak Tahu Lirik Lagu Tapi Tetap Yakin!

Jika sesiapa yang mengikuti pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini pasti tahu bahawa mereka berdua merupakan peminat filem Bollywood dan telah banyak menghasilkan video dengan berlatarkan lagu filem popular.

Pasangan suami isteri ini sering dikatakan bagaikan watak filem cinta yang dilakonkan di dalam filem-filem hindi yang terkenal kerana mereka ini sememangnya mempunyai karakter romantis dalam perhubungan bahagia.

Wajah Aeril Zafrel yang kacak dan tampan itu pula sering dipuji-puji kerana memiliki iras-iras bintang terkenal Bollywood yang menjadi kegilaan ramai iaitu Shah Rukh Khan.

Memang tidak dapat dinafikan Shah Rukh Khan adalah bintang Bollywood paling digemari ramai. Biarpun bergelar seorang selebriti, namun sikap merendah diri dan baik hatinya menjadi punca utama Shah Rukh Khan berjaya memikat hati peminat-peminatnya, termasuklah selebriti ini.

Hal yang demikian kerana filem-filem Hindi yang dilakonkan oleh bintang kesayangan ramai itu telah berjaya menambat hati peminat-peminat Hindustan di Malaysia.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Wawa Zainal telah berkongsi video TikTok pasangan suami-isteri ini menyanyikan lagu-lagu popular sehingga dikatakan hampir kesemua lirik lagu berjaya dihafal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Hantaran yang dikongsikan itu telah meraih perhatian warganet kerana gelagat Aeril Zafrel yang secara tidak sengaja membuktikan dia sebenarnya tidak menghafal lirik lagu itu namun sekadar yakin miming sahaja namun berjaya mencuit hati orang ramai yang menonton video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terhibur dan tetap memuji keyakinan yang ditampilkan oleh Aeril ini meskipun dia jelas hanya sekadar berlakon kerana sudah terkantoi tidak mengetahui lirik lagu sebenar.

Mengetahui bahawa pasangan ini sering menghasilkan video-video yang berlatarkan lagu-lagu hindustan, meskipun Aeril tidak berjaya menghafal lirik lagu berkenaan dia tetap melayani karenah isterinya dan mahu menjaga hati Wawa yang sememangnya gemar akan lagu-lagu berkenaan.

“Bila manja kan isterii , isteri bahagiaa maka bertambah laa rezeki kitaa ,, x dak istilah manja kan isteri x bolehhh ,, selalu best tngok pasangan nii sweet sngat semoga ikatan berkekalan ❤️ sbb tu laa rezeki semankin bertambahh sbb selalu bhagiakan isteriii rasul ponn selalu manjakan isterii mesti yg mngata tuuu x penah dengar laguu aisyahh ,, nnty suruh dia dengar lagu saidatina aisyah ngn rassullullah s.w.t hayati lgu tuuu mcm mna rsul layan isteriinya 😘”

Wah! sweet betul pasangan ni, walaupun Aeril tak hafal lirik tetapi niat ingin menjaga hati Wawa sehingga sanggup berpura-pura sahaja itu  harus tetap dipuji juga, yang penting kelakar!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*