“Bukan Kalori Yang Burn, Phone & Hati Abang Yang Burn Dok Amik Ootd Awak” -Hafiz Mahamad

Disebabkan kita semua kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), sudah semestinya banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di rumah.

Salah satu aktiviti yang dipilih oleh usahawan muda merangkap personaliti media sosial iaitu Syafiqah Aina ialah jogging bersama suami tercinta, Hafiz Mahamad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Tetapi nampaknya Hafiz telah membongkar rahsia sebenar disebalik perkataan ‘jogging‘ yang dimaksukan oleh Aina itu.

Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, Hafiz telah kongsikan beberapa keping foto dirinya bersama Aina yang sedang posing sambil memakai pakaian sukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Caption yang dituliskan oleh Hafiz itu menampakkan bahawa ‘jogging‘ yang dimaksudkan olah Aina itu ialah bergambar dan bukannya berlari mengeluarkan peluh dan serta mengurangkan kalori.

Sebelum ini, Aina memiliki bentuk badan yang agak besar dan disebabkan itu dulu beliau sering mengajak Hafiz bersenam tapi sekarang bila dah kurus, maintain je lah kan bentuk badan tu.

Selepas Bermacam Kejutan, Hafiz - Aina Bakal Disatukan - MYNEWSHUB

Lebih menarik lagi kebanyakan komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya di laman Instagram seakan-akan bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Aina, iaitu bergambar bersama pakaian sukan.

Maklum lah, orang perempuan ni kan suka bergambar jadi kaum lelaki ni kena lah layan kerenah kan, kata sayang kan?

Agaknya berapa lama ya masa yang Aina betul-betul jogging berbanding bergambar tu?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*