Tak Padan Dengan Kecik, Ramai Kagum Lihat Kanak2 Tebar Roti Canai Bantu Keluarga Meniaga

Ibu bapa digalakkan membentuk anak-anak ketika kecil kerana di waktu itu minda kanak-kanak mudah untuk menerima teguran serta belajar perkara baru.

Umpama pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah seperti kisah seorang kanak-kanak yang rajin menolong keluarganya berniaga di sebuah gerai roti canai tepi jalan ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh Zainy Hazmat, kelihatan seorang kanak-kanak sedang gigih membantu keluarganya menyediakan roti canai buat para pelanggan yang ramai.

Siapkan roti canai untuk pelanggan

Dalam video itu, dia dilihat begitu mahir menguli doh serta menebar roti canai sebelum dimasak di atas kuali rata. Biarpun masih kecil, tak dapat dinafikan bahawa skil menebar roti canai dia memang power!

Hasil didikan ibu bapa

Menurut perakam video tersebut, dia turut memuji didikan ayah kanak-kanak itu yang telah berjaya membentuk keperibadaan seorang anak soleh sepertinya.

@zainyhazmat

semoga allah mengurniakan kita anak yg soleh dan solehah untuk mewarisi keturunan kita..AMIN…

♬ original sound – Mushawir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terharu melihat kerajinan serta kemahiran kanak-kanak terbabit.

Hebat kau dik, kecil2 dah pandai tolong keluarga

Sejuk perut ibu mengandung

Dah besar mesti jadi anak berguna

Semoga jadi anak yang soleh

Bagus biasakan anak2 dengan erti kehidupan

Anak itu diibaratkan seperti kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya sama ada baik atau buruk keperibadiannya kelak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: TikTok Zainy Hazmat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*