Wanita Tetap Gigih Berniaga Hingga ‘Sales’ Cec@h 4 Angka Hari2 Walaupun Kaki Dipotong

Kekurangan diri bukanlah penghalang untuk seseorang bangkit menggapai kejayaan dalam hidup. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jika kita mahukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.

Begitulah seperti kisah seorang wanita bernama Zeeda Aziz ini yang gigih berusaha sehingga berjaya walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU)

Gigih berniaga walau kurang upaya

Menerusi sebuah ‘posting’ di Facebook, Zeeda berkongsi cerita tentang keadaan hidupnya sebelum menjalani amputasi kaki kiri.

Difahamkan lagi, kaki kirinya terpaksa dipotong oleh kerana penyakit kanser yang dideritainya.

Mula2 berniaga, hanya dapat 1 jualan sahaja

Meskipun kakinya terpaksa dibuang, Zeeda tetap kuat malah dia tidak berasa sedih langsung tetapi sangat teruja untuk mencabar diri sendiri.

Reda dengan nasib diri, Zeeda tidak berputus asa dan memulakan bisnes ‘online’ meskipun hanya berjaya menjual 1 item pada bulan pertama di Shopee.

Tidak putus asa, tuntut ilmu perniagaan sehingga berjaya

Oleh kerana nekad ingin melariskan jualannya, Zeeda mempelajari ilmu perniagaan di Shopee sealama sebulan. Sejak itu, jualannya meningkat sehingga 497%.

Kini, dia mampu menggaji beberapa orang pekerja untuk menguruskan pembungkusan serta penghantaran barang pelanggan.

Bukan setakat itu sahaja, lebih mengagumkan apabila Zeeda mendedahkan rutin harian setiap hari  dari mencari barang jualan hinggalah mengambil gambar produk dan pemasaran.

Semuanya dilakukan sendiri!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ‘posting’ Zeeda ucapan tahniah dan kata-kata semangat. Selain itu, mereka turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita tersebut.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Syabas sis

Malunya yang sempurna tapi kurang usaha

Hebatnya sis, semoga dilimpahkan rezeki

Tak pernah kenal erti putus asa

Berjiwa kental

Menurut ibu kepada 4 orang anak ini, sehingga hari ini dia masih bekerja keras dalam menuntut ilmu untuk mengembangkan bisnes yang diberi nama ‘Pasar Kedah’ miliknya.

Bagaimanapun, dia tidak pernah memarahi ketentuan takdir sebaliknya berdoa semoga Allah memberinya kekuatan untuk bergerak sentiasa.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Zeeda Aziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*