Dr. Amalina Sel@r Ulasan Tak Masuk Akal


“Weh what is this did she really say kita kena jadi bodoh baru laki suka kalau tak lambat kahwin? If women are too independent we would have high testosterone? I would rather be single if my stupidity attracts my future spouse?”

Sering kali kita dengar penyatuan cinta Nabi Adam dan Hawa bagaikan sebuah fenomena kasih agung yang disemarakkan dalam kalangan masyarakat tentang kesucian dan ketulusanNya.

Lelaki dan wanita dijadikan berpasangan walaupun manusia dizahirkan sama, tetapi perwatakan lelaki yang gagah, tampan dan kuat sesuai untuk menjadi ketua keluarga, sebagai pelindung kepada isteri dan anak.

Manakala wanita pula memiliki sifat lemah lembut, cantik, menawan, inginkan perlindungan menjadikan ia betapa besarnya hikmah penciptaan lelaki dan perempuan.

Sejak sekian lama wanita menurut apa yang ditentukan oleh masyarakatnya. Harus tahu memasak, mengemas rumah dan menjahit, antara ‘keperluan wajib’ untuk menjadi seorang perempuan.

Tidak dinafikan dunia hari ini menjanjikan wanita dan lelaki tiada halangan untuk berjaya dalam kehidpuan kerana setiap individu memiliki peluang yang sama untuk berjaya.

Namun, terbaharu tular pula sebuah video hangat berkaitan kenyataan pakar motivasi terkenal, Prof Muhaya mengenai isu wanita yang dikatakan lambat bertemu jodoh.

Menerusi hantaran video yang menjadi tular di laman Twitter, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan tidak setuju akan cara olahan dan penyampaian yang mungkin berbeza dari maksud yang ingin disampaikan kerana terlihat merendah-rendahkan golongan wanita selain penggunaan perkataan yang tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, isu yang hangat diperkatakan itu telah meraih perhatian Dr. Amalina Che Bakri yang turut sama melemparkan pandangannya mengenai kenyataan yang dikatakan berbaur tidak sensitif itu.

Rata-rata warganet menyifatkan penggunaan ayat secara kasar seperti perkataan “bodoh” itu terlihat begitu tajam dan pedas seolah-olah meminta para wanita merendahkan intelektual mereka ketika berhadapan dengan seorang lelaki semata-mata ingin mengikat tali perjodohan.

“Sorry laa tapi testosterone tu tkda kaitan dgn kita belajar tinggi² apa semua. Hormon is all about the system in our body, klau tak balance mmg tak balance jugak. It can happens to anybody tak kiralah educated ke tak. What if pompuan tu satu-satu nya harapan keluarga, ada fikir tak Prof?”

Mengetahui bahawa maksud asal Prof. Muhaya itu adalah ingin menasihati dan memberi pandangan berpandukan ajaran Islam, mungkin pemilihan ayat yang kurang sesuai itu menjadikan isu berkenaan begitu tegang dan sinis.

“It’s an insult to both women AND men. Just be the best version of yourself. Let women be what they want to be. Enough of this you-need-to-be-a-submissive mindset if you want to get married. Just please stop degrading women already. My husband is shaking his head right now…”

Rata-rata wanita di luar sana menyifatkan bahawa sedangkan para wanita itu bermacam-macam upayanya, malah dikatakan ada bahagian yang lebih unggul daripada lelaki.

Namun, sayangnya hidup wanita dikatakan selalu akur kepada kehendak norma masyarakat yang meletakkan mereka sekadar berupaya di ruang lingkup rumah sahaja.

Mungkin apa yang ingin disampaikan itu sudah disalah tafsir atas kesilapan tertentu namun usah bertelagah di antara satu sama lain, jadikan yang baik itu teladan serta yang buruk itu pedoman.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*