Watak Gadis 15 Tahun Jadi Isteri Diganti Pelakon Lain Selepas Dikec@m

Sebelum ini, drama bersiri Suara Hati Isteri terbitan negara Indonesia, menerima krit1kan hebat daripada netizen susulan babak seorang gadis yang berusia 15 tahun diberikan tanggungjawab membawa watak sebagai seorang isteri yang disifatkan tidak sesuai dengan umurnya.

Terbaru, lapor Tribun News watak Zahra yang sebelum ini dilakonkan oleh Lea Ciarachel akan ditukar dengan pelakon lain susulan kejadian itu.

Tidak berakhir di situ, drama bersiri ini juga turut terp4ksa dihentikan buat sementera waktu jelas pihak Komisi Penyiaran Indonesia (KPI). Arahan untuk menghentikan drama bersiri itu disampaikan menerusi laman Instagramnya susulan menerima laporan daripada netizen.

Video tular di laman Twitter

Pada masa yang sama, pihak KPI juga turut memanggil beberapa pihak yang terlibat terutamanya Indosiar yang bertanggungjawab dalam menyiarkan drama tersebut.

Terdahulu, pihak produksi diarahkan untuk menukar jalan cerita drama tersebut berikutan pihak berkuasa tidak mahu mereka memberikan contoh kepada masyarakat untuk melakukan pernikahan di bawah umur.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*