Dr Sheikh Muszaphar Hormati Keputusan Anak Untuk Berhenti Jadi Ahli Gimnastik

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sudah mempunyai 6 orang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Datin Dr Halina.

Cara didikan beliau kepada anak-anak dilihat sangat bagus yang mana beliau mendedahkan mereka dengan banyak aktiviti sama ada berbentuk akademik dan bukan akademik.

Ini kerana usia kanak-kanak adalah sangat sesuai untuk menerima banyak ilmu pengetahuan.

Pada 6 Jun 2021, beliau mendedahkan tentang sukan gimnastik yang pernah disertai anak sulungnya, Sophea Isabella.

Anaknya yang lebih mesra dipanggil Bella itu ialah seorang yang berbakat ketika menjadi ahli gimnastik.

Namun kanak-kanak perempuan tersebut telah memberitahu sebab dirinya tidak selesa untuk meneruskan sukan tersebut.

Sebagai bapa yang memahami, Dr Sheikh menghormati keputusan Bella.

Angkasawan itu berkata, penting untuk ibu bapa melayan anak mereka seperti orang dewasa.

Janganlah meremehkan apa yang diluahkan oleh anak-anak.

Saling berkomunikasi dan menerima pendapat mereka adalah perlu untuk proses mereka membesar.

Perkongsian Dr Sheikh ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa lain untuk lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka.

KOMEN NETIZEN :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*