Isteri DihaIau Suami Kerana Curang, Wanita Sed!h Kenang Nasib Ibu & Tiga Anak

Siapa sangka setelah tujuh tahun menjalani kehidupan bersama, wanita ini melalui pengalaman pahit apabila diusir keluar rumah oleh suami sendiri selepas lelaki itu kantoi curang dengan perempuan lain.

Norfaezah Mansor berkongsi cerita menerusi temu bual mStar Online selepas video luahannya tular di platform TikTok, dimana dia dan tiga cahaya mata serta ibunya dihalau dalam kejadian berlaku tahun lalu.

“Saya rasa sedih sangat terutama sekali bila memikirkan tentang mak, saya rasa sangat terkilan dan tak akan maafkan dia sampai bila-bila sebab buat mak saya macam tu,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Norfaezah atau mesra dipanggil Eja terpaksa tinggal di hotel bajet di Kluang, Johor selama seminggu sebelum menyewa sebuah rumah RM500 sebulan yang berdekatan dengan sekolah anaknya.

Norfaezah yang bekerja sebagai pegawai bank berkata, dia cuba untuk mempertahankan rumah tangga selepas suaminya curang ketika sedang berpantang selepas bersalin anak ketiga tetapi gagal diselamatkan.

“Tak lama lepas dia kantoi tu saya tuntut fasakh tapi dia tak nak. Masa dalam tempoh tu kami masih bersama, tak nak berpisah sebab fikirkan keluarga dan anak-anak.
“Tapi senyap-senyap saya ada membuat persediaan beli rumah. Saya bekerja tapi saya tambah pendapatan saya dengan buat bisnes sendiri.

“Cuma masa saya dihalau rumah tu masih belum siap, dalam lebih kurang enam bulan jugalah saya tinggal di rumah sewa sebelum pindah ke rumah sendiri.
“Suami saya sebelum ni pun memang tak ada bagi saya nafkah satu sen pun, saya survive sendiri dengan anak-anak,” ujarnya.

Kini, dia cekal membesarkan anak-anak selain sempat menasihati golongan wanita yang sekurang-kurangnya perlu mempunyai simpanan sendiri untuk masa depan jika berlaku kejadian tidak diingini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*