MELIHAT kepada wajah lelaki ini yang kian dimamah usia, siapa sangka dia mempunyai paras rupa yang menarik ketika muda.
Wajah serta penampilan lelaki ini ketika zaman remajanya dikongsikan oleh anak perempuannya menerusi aplikasi TikTok.
“My dad said he was a handsome boy (Ayah saya kata dia budak lelaki kacak),” tulisnya pada perkongsian tersebut yang sehingga kini meraih lebih 407,000 jumlah tontonan.
Menurut Athalia Azry Azrien Azry, dia hanya muat naik video tersebut di media sosial secara suka-suka selepas melihat perkongsian seorang pelayar yang memuat naik foto bapanya ketika muda.
“Ayah saya sememangnya menyimpan banyak foto album ketika dia muda-muda dulu. Ketika saya pertama kali tengok gambar ayah dulu, macam tak percaya… ‘eh ni ayah aku ke?’
“Kebetulan baru-baru ini ternampak satu video dekat TikTok, orang tu letak muka ayahnya sewaktu muda dan sewaktu usia sekarang… jadi saya pun tergerak nak cuba.
Adik ketiga Athalia mempunyai iras wajah seperti bapa mereka ketika waktu remaja.
“Tapi memang tak sangka boleh jadi viral. Saya tunjuk video tu dekat ayah, dia terkejut tapi segan-segan sambil kata ‘habislah lepas ni’,” ceritanya kepada mStar.
Menurut Athalia, bapanya, Azrien Azry yang kini berusia 48 tahun pernah berkongsi cerita bahawa dia sebelum ini mempunyai ramai peminat rahsia.
“Ayah dulu bersekolah di Klang dan menjadi seorang pengawas. Ramai pelajar perempuan mahu berkenalan, siap pos surat dekat rumah.
“Tapi yang lucunya, surat-surat tersebut tak sempat sampai ke tangan ayah sebab adik-adik dia yang selalu buka dahulu,” cerita gadis berusia 18 tahun ini.
Sungguhpun mempunyai raut wajah yang tampan, Athalia berkata bapanya seorang lelaki yang sangat pemalu.
“Mak berkenalan dengan ayah dekat universiti… itupun cerita ayah, mak yang tegur dia dahulu,” ujar anak kedua daripada empat adik beradik ini.
Menurut Athalia lagi, dalam adik beradiknya, hanya adik lelakinya yang lebih mengikut iras wajah bapa mereka.
Athalia merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.
“Memang terkejut bila video ni viral. Paling nak tergelak apabila baca komen-komen lucu netizen.
VIDEO :
ahhh no wonder laaa ❤
“Rata-ratanya bergurau… ada yang cuba tawarkan diri, ada yang kata ayah masih ada tiga ‘kuota’ kosong. Tapi kami anggap ia komen menghiburkan dan sekadar gurauan,” katanya lagi.
KOMEN NETIZEN :
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply