Wajah comel anak-anak yang dikatakan mirip seperti ibu bapa itu sudah menjadi pujian biasa yang sering didengari ketika menimang cahaya mata.
“Eh comelnya Lyla bertudung macam Mira Filzah sikit hahahaa tapi nampak macam Awal Ashaari versi pakai tudung pun ada ye 😅 😂 🤣 omei!
Jika terdahulu wajah anak sulung pasangan selebriti terkenal, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana dikatakan terlalu mirip dengan wajah ibunya sehingga dikatakan seperti copy paste, kali ini rupa anak keduanya, Lyla Amina pula dipuji seperti raut manis ayahnya ketika dilahirkan.
Namun, mengetahui bahawa wajah mampu berubah seiring umur, kini jika anak kedua pasangan selebriti ini, Lyla dikenakan pemakaian hijab, rupa-parasnya dikatakan persis seperti seorang pelakon terkenal tanah air.
Memuat naik hantaran di laman Instagram, Scha berkongsi gambar comel anak-anaknya menggayakan hijab namun wajah anak keduanya itu berjaya mencuri perhatian kerana dikatakan seakan-akan menyerupai Mira Filzah.
Kedua-dua artis cilik ini memiliki wajah comel dan ayu saling ditambah pula dengan senyuman manis Lyla yang seakan-akan Mira Filzah itu telah berjaya menarik perhatian ramai.
“Why her tudung looks so neat?? Macam Mira Filza sikit ye Lyla bertudung! Shoo cute 😍 🥰”
Bukan sesuatu yang pelik dan aneh jika senario wajah anak berbeza daripada wajah ibu atau bapanya, ini dinamakan sebagai kombinasi gen antara ibu dan bapa.
Tidak dapa dinafikan, wajah Lyla sememangnya menjurus lebih ke arah bapanya, Awal manakala Lara pula memiliki raut kembar seperti ibunya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji selebriti-selebriti cilik ini kerana dikatakan manis menggayakan hijab meskipun masih kecil.
Eh betul lah! Ada iras-iras sikit muka Lyla dengan Mira Filzah tapi apa-apa tak kisha lah wajah ikut siapa pun sebab dua-dua anak Scha dan Awal ni memang comel-comel belaka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Hot Fm
Leave a Reply