“Lebih Afdal Penghasut Vaksin Dikuarantin Dengan Pesakit COVID-19” -Catriona Ross

Selepas menegur tindakan individu yang melanggar SOP untuk pulang ke kampung, baru-baru ini pemilik nama Catriona Ross memuat naik status di Insta Story memerli tindakan individu yang dilabelkannya sebagai ‘penghasut vaksin’.

Dalam perkongsian pertama, pelakon berusia 41 tahun yang mesra disapa Kak Kek itu memuat naik infografik yang menjelaskan denda terhadap golongan penghasut vaksin.

“Penghasut boleh baca ni okay? Bawa bertaubat kata orang kampung,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi status kedua pula, pemilik nama Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross itu memberi cadangan agar penghasut vaksin terbabit diletakkan sebilik dan dikuarantin dengan pesakit COVID-19.

“Lebih afdal kalau penghasut vaksin itu diletakkan sebilik dan dikuarantin dengan pesakit COVID-19. Nak juga tengok macam mana. Sesuatu untuk difikirkan. Mungkin akan berubah arah selepas itu? Mungkin,” tulisnya lagi.

Dia meluahkan rasa teruja ingin melihat gelagat penghasut vaksin berkenaan setelah diletakkan bersama pesakit COVID-19, sama ada individu itu akan berubah atau tidak.

Di samping itu, bintang drama Cindai tersebut turut berkongsi keratan artikel melaporkan Sheikh Abdulrahman Al-Sudais pun sudah divaksin.

Namun begitu, Catriona tidak menyebut nama sesiapa atau menujukan perkongsian tersebut kepada mana-mana pihak tertentu.

Siapa makan cili, dialah rasa pedasnya.

Beberapa hari lalu, Catriona pernah tampil menegur segelintir masyarakat yang tetap melanggar SOP dan menyalahkan orang lain.

Tindakannya itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang menyelar wanita itu.

KOMEN NETIZEN :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Catriona Ross

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*