“Tak Pernah Paksa Solat Tapi Selalu Ajak” – Pandai Farah Lee Didik Anak

Personaliti media sosial, Farah Lee mempunyai cara tersendiri mahu mengajar anaknya, Maream mendirikan solat.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Farah memaklumkan dia tidak pernah memaksa Maream mendirikan solat tetapi sering mengajaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Tambah Farah lagi, cara itu bukanlah kerana terlalu memanjakan Maream sebaliknya is merupakan satu proses pembelajaran buat anak perempuannya.

“Hari itu masa bulan puasa, dia tiba-tiba nak hafal doa buka puasa. Dia minta Farah tulis dalam rumi atas kertas.

“Sebelum tidur dia baca ulang-ulang, bangun tidur esoknya terus cari kertas to dan hafal lagi. Tak sampai sehari dia terus ingat.

“Hebat kan otak anak-anak bila kita bagi mereka ruang. Dia pun gembira sebab tak dipaksa-paksa, tengking-tengking. Jadi pembelajaran berlaku dengan lebih mudah dan efektif.

“Akan tiba satu tahap umur yang kena bertegas sikit, tetapi belum lagi. Bukan berlembut sangat, apatah lagi memanjakan, tapi sebab is adalah satu proses. Dan rasulullah adalah orang yang terpaling meraikan proses ini,” coretnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji cara Farah mendidik anak selain menyatakan hasrat untuk mempraktikkan cara pembelajaran tersebut.

“Sebab follow kak Farah Lee adalah sebab nka belajar cara kak Farah didik anak. Sebab semua perkara perlu ilmu yang bogus,”  @momoland.01

“Selalu semak bagaimana @farahlee_ membesarkan Maream berdasarkan Islamic parenting, terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami,”  @mugi_laksono

Farah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang berusia 6 tahun 10 bulan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Farah Lee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*