Sudah lama pelakon dan pengacara Elly Mazlein menginginkan anak dengan perkahwinan kedua beliau.
Alhamdulillah impiannya tercapai apabila beliau sebelum ini telah mengumumkan dirinya sedang hamil.
Elly begitu teruja denga kehamilan itu dan telah berkongsi foto bayinya melalui imbasan ultrasound yang dibuatnya.
Masa untuk check up baby
Hari ini, Elly membuat pemeriksaan kandungan di klinik bagi melihat keadaan anak dalam rahimnya.
View this post on Instagram
Elly memberitahu bahawa beliau geram melihat anaknya yang masih dalam kandungan itu.
“Baby cakap ,cantikkkkkkk dikkkkk .. tgk tu ibu jari dia …mama gerammmmmm da .. Syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.. Doakn Kepom & baby selamat ya kesayangan ”
View this post on Instagram
Elly mohon doa agar dipermudahkan urusan
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana kesihatannya dan bayi berada dalam keadaan baik.
Selain itu, Elly mendoakan supaya mereka yang masih menanti zuriat akan dipermudahkan untuk memilikinya.
“Kak kepom pun Doakn anda yg sedang usaha utk mendpt Zuriat, terus kekal usaha,Doa & tawakal ya .. kesihatan pun kena jaga juga .. senaman kena buat.. jaga mkn .. ambil ubat yg sesuai ya .. InsyaAllah Allah susun cantik buat kita semua.. cuma cepat & lambat je .. Bersangka baik selalu ”
“Terima kasih doakan kita jugak”
Selain itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Elly Mazlein dengan mendoakan agar urusan Kak Lina Pom Pom sepanjang proses kehamilan dipermudahkan.
Mereka yang masih belum diberi zuriat juga turut sama meninggalkan komen dengan berharap supaya warganet yang lain dapat sama-sama mendoakan rezeki buat mereka yang menanti mempunyai anak sendiri.
KOMEN NETIZEN :
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber : Instagram Elly Mazlein
Leave a Reply