Netizen Ucap Tahniah Kepada Mira Filzah Kerana Tak P0tong ‘Queue’

Pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman itu memuat naik sebuah video ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menerusi Instagram miliknya.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah berkongsi pengalamannya menerima suntikan AstraZeneca pada hri Sabtu lalu.

Rakam pengalaman ambil vaksin di PPV

Menurut isteri kepada Wan Emir Astar itu, dia baru sempat berkongsi perkembangannya beberapa hari selepas suntikan setelah pulih dari demam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam!” ujarnya.

Dalam pada itu, bintang drama The Maid itu turut berkongsi pengalaman sebelum, semasa dan selepas suntikan di PPV bekenaan.

“Proses keseluruhan sangat efisien, Mira sampai lebih kurang 11.35 pagi macam tu, habis dekat jam 1 petang juga tapi tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Mira kerana tidak memotong barisan untuk mengambil suntikan vaksin seperti sesetengah golongan kayangan lain.

Tak feeling2 kayangan

Bagus tak potong barisan

Semoga sihat selalu

Terdahulu, Mira pernah meluahkan rasa kecewa kerana ramai rakyat yang degil dan melanggar SOP dengan merentas negeri walaupun masih belum divaksin.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*