Bunga Citra Lestari Bangga Filem Terakhir Arw@h Ashraf Sinclair Bakal Ditayangkan

Di Instagram, penyanyi, Bunga Citra Lestari memuat naik ‘teaser’ filem J2: J Retribusi yang dilakonkan oleh arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair. Menurut Bunga, filem tersebut merupakan filem terakhir lakonan arwah Ashraf.

His last movie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

His last movie. Im proud of you sayang. ‘MERCILESS’ itulah gambaran watak antagonis yang dilakonkan oleh Allahyarham Ashraf Sinclair yang membuatkan anda tidak senang duduk ketika menontonnya! Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Menurut Bunga, ‘Merciless’ merupakan watak yang dipegang oleh arwah suaminya dalam filem berkenaan. Tambah Bunga, watak antagonis yang dilakonkan oleh Ashraf pasti membuatkan semua penonton tidak sabar untuk melihat filem J2: J Retribusi. Sebagai isteri, Bunga berasa bangga dengan arwah suaminya. Bunga turut memohon kepada para penonton supaya sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Ashraf.

Mula ditayangkan 1 Jun

Filem ini sebagai pengubat rindu kami terhadap arwah Ashraf.

Tak sabar nak tonton filem yang dilakonkan oleh Ashraf ini. Sudah lama tak nampak dia berlakon di Malaysia.

Kami turut bangga dengan arwah. Filem yang hebat dan bakal mendapat sambutan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem terakhir lakonan Ashraf Sinclair. Jelas netizen, mereka sudah lama tidak melihat Ashraf berlakon di Malaysia memandangkan arwah menetap dan mempunyai kerjaya di Indonesia.

Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar awal pagi Selasa (18 Februari 2020). Ashraf dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu berada di kediamannya.

Buat pengetahuan korang, filem J2: J Retribusi ini akan mula ditayangkan bermula 1 Jun 2021 di Disney+ Hotstar! Korang boleh langgan Disney+ Hotstar dengan hanya RM54.90 untuk 3 bulan.

Sumber: Bunga Citra Lestari

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*