Guna N@ma Allah Dalam Lagu Bersama Jay Park, Joe Flizzow Ditvduh Mengh!na Islam

Baru-baru ini, laman sosial Twitter menjadi kecoh apabila seorang individu berkongsi lirik lagu penyanyi rap Korea Selatan iaitu Jay Park yang menggunakan nama Allah dalam karyanya.

Dua lagu penyanyi itu yang berjudul “Twisted Dreams” jelas menggunakan nama Allah dan netizen mendakwa bahawa ia menghina agama Islam.

Netizen d@kwa lagu h!na Islam

Rata-rata netizen memberi reaksi kesal dan marah dengan perkara tersebut, lebih-lebih lagi apabila penyanyi rap negara, Joe Flizzow adalah salah seorang artis yang berkolaborasi bersama Jay Park, selain Jay Electronica dan DJ Wegun.

Hal tersebut menyebabkan nama Joe Flizzow menjadi trending di Twitter.

Tak baca lirik sebelum lancarkan ke?

Biarpun lagu itu sudah dikeluarkan sejak tahun 2019, netizen meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan tersebut. Malah mereka seperti tidak percaya kerana penyanyi negara sendiri terlibat dalam lagu yang didakwa menghina agama itu.

Bagi menjawab persoalan netizen berkenaan kontroversi tersebut, pemilik nama Johan Ishak itu tampil memberi penjelasan di ruangan IG Stories miliknya.

Penulis dan penyanyi lirik itu adalah Musl!m

Menurut Joe, lirik yang menggunakan kalimah Allah itu ditulis oleh Jay Electronica yang turut menyanyikan rangkap tersebut, dan dia merupakan seorang Muslim.

 

 

Tambah Joe lagi, sebelum membuat sebarang berita, sepatutnya orang ramai selidik dahulu latar belakang penyanyi dan maksud lagu tersebut dengan lebih mendalam agar tidak menimbulkan fitnah.

Jelaskan dakwaan lagu ‘menghina Islam’

Di samping itu, penyanyi berusia 42 tahun berkenaan turut menjelaskan tentang lirik lagu dinyanyikan oleh Jay Elctronica yang dikatakan ‘menghina Islam’ itu.

Menurutnya lagu itu bukanlah bertujuan menghina Islam, tetapi lirik lagu itu membawa maksud tentang bersalaman tetapi pada zaman ini lebih ramai orang lebih sanggup memberi dan mengambil benda-benda haram.

 

 

 

Pada tahun 2019, Joe Flizzow mengumumkan kolaborasinya dalam album Jay Park. Kemudian mereka kembali berkolaborasi dalam lagu terbaru ciptaan Joe Flizzow iaitu “Ciao Ciao”.

Sumber: Instagram Joe Flizzow, Twitter

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*