SELEPAS kontroversi mendapatkan vaksin di Ipoh Perak, pelakon Datin Paduka Eina Azman tampil membuat permohonan maaf atas perkongsiannya yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Menjelaskan perkara itu, Eina menerusi Instagram pada malam Khamis mengesahkan dia mempunyai masalah kesihatan yang tidak boleh kongsi kepada umum.
“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.
“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.
Perkongsian Eina di Instagramnya.
“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja, ” ujarnya.
Pada Rabu, laman sosial kecoh apabila netizen mempersoalkan Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menerima suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, Perak.
Rata-rata netizen mendakwa selebriti itu memotong giliran pengambilan vaksin sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa 25 Mei hingga 7 Jun ini.
Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja.
EINA AZMAN
PELAKON
Perkara itu menjadi tular selepas Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 26, dan suaminya, memegang placard ‘saya sudah divaksin’ sebelum ibu kepada sepasang kembar itu memadamkannya tidak berapa lama kemudian.
Dalam pada itu, Eina menjelaskan dia bertindak memadam posting Instagram bagi mengelakkan isu tersebut berpanjangan.
“Justeru itu, saya memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit.
Eina memadam perkongsiannya yang mengundang kritikan netizen.
“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham,” tulisnya.
Terdahulu, pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak tampil menjelaskan kebimbangan awam yang mempersoalkan kewajaran selebriti itu menerima vaksi di hospital berkenaan.
Menurut Pengarah Hospital, Dr Abdul Malek Osman, pasangan itu layak menerima suntikan vaksin berdasarkan rujukan doktor pakar yang merawat mereka kerana mengalami masalah kesihatan dan komorbid.
Justeru tambah beliau, tidak timbul isu ‘potong barisan’ seperti yang didakwa memandangkan pasangan itu termasuk dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar dan dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply