Dah Lama Tak Buat Content Youtube Bersama, Netizen ‘Pelik’ Noor Nabila & Neelofa Tak Wish Birthday Rosix?

Umum mengetahui, kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila sangat rapat dengan Rosix Omar sehingga mereka membuat content Youtube bersama. Bukan itu sahaja, Rosix dilihat seperti ‘anak angkat’ keluarga Nabila kerana sering berkunjung ke rumah selebriti tersebut serta mempunyai hubungan yang amat baik dengan seluruh ahli keluarga Nabila.

Namun begitu, sejak Nabila mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran, rata-rata netizen mula menyedari bahawa sahabat baik itu tidak selalu bersama bahkan, content yang dimuat naik di channel Youtube ‘Rosix & Bella’ itu juga dibuat secara berasingan.

Jarang nampak bersama dah

Menerusi Youtube Rosix & Bella, kedua-dua mereka dilihat membuat content secara berasingan dan tidak seperti sebelum ini. Namun begitu, mereka masih memuat naik content tersebut di akaun Youtube yang sama. Lebih mencuri perhatian, kebanyakan video yang dirakam oleh Rosix itu dibuat bersama selebriti terkenal iaitu Rozita Che Wan dan anaknya Aaisyah Dhia Rana.

Menurut netizen, mereka rindu melihat gelagat Rosix dan Nabila dalam setiap content yang dimuat naik di Youtube. Netizen turut mendakwa situasi pandemik pada masa sekarang dan status Nabila yang sudah menjadi isteri orang merupakan penyebab kedua-dua mereka dilihat jarang bersama lagi.

Tak wish birthday?

Terbaru, Rosix baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya semalam. Seperti biasa, Instagram Story Rosix dipenuhi dengan ucapan yang diterima daripada rakan-rakan serta peminatnya. Menerusi semua posting yang di ‘repost’, netizen mula menyedari bahawa Nabila dan adiknya, Neelofa tidak memuat naik sebarang ucapan di Instagram untuk Rosix.

Pelbagai tanda tanya turut timbul mengenai hubungan persahabatan di antara mereka. Jelas netizen lagi, hanya Athisha Khan sahaja yang memberi ucapan kepada Rosix di Instagram.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*