Tiada Marah2, Uqasha Senrose Terus Pakai ‘Glove’ Buat Choco Jar

Sebelum ini, pelakon cantik Uqasha Senrose telah ditegur supaya memakai sarung tangan dan penutup kepala semasa menyediakan mini coco crunch keluarannya menggunakan nama Sweet & Coco Jar.

Ada yang tegur tak pakai glove

Uqasha yang sering melakukan live IG ketika menyiapkan tempahan Sweet & Coco Jar dilihat tidak lokek berkongsi momen semasa menyediakan produk keluarannya kepada peminat dan sempat juga menjawab soalan-soalan ketika tangan lincah menyiapkan setiap botol mini coco crunch itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Ada sahaja tak kena

Sedar ada yang menegur diruangan Instagramnya, terdapat satu komen daripada netizen yang seakan mencari kesalahannya dengan pelbagai kritikan.

Namun, dibalas selamba oleh Uqasha yang bertanyakan semula sama ada dia yang membuat coklat itu ataupun netizen tersebut.

Pakai glocve & bertudung

Mengambil positif saranan peminat, kali ini pelakon drama Perkahwinan Dari Neraka itu telah tampil bertudung dan memakai sarung tangan serta turut memakai facemask ketika menyediakan Sweet & Coco Jar bagi memastikan kebersihan produknya terjamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Orang kondem tapi tetap ambil yang positif

Hal ini membuatkan peminatnya mulai meninggalkan pelbagai komen pujian dengan inisiatif yang dilakukan oleh Uqasha dalam memastikan kualiti produknya terjaga.

Semalam orang tegur, harini terus ikut

Bagus, bekas pun basuh dahulu

Melihat dari posting bakal isteri kepada pelakon Kamal Adli ini, dia baru sahaja mengeluarkan produk mini coco crunch sejak beberapa minggu yang lalu.

Dia yang membuatnya secara homemade turut berkolaborasi dengan Kamal untuk perniagaan makanan kesukaan anak-anak muda itu.

Sumber: Uqasha Senrose

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*