Dedah Situasi Sebenar C0v!d-19, Air Mata ‘Frontliner’ Di Majalah 3 Buat Ramai Hiba

Program Majalah 3 yang bersiaran setiap hari Isnin jam 9 malam di TV3 sememangnya memberi pelbagai info yang berguna sejak berzaman lagi.

Pelbagai pengetahuan baru diperoleh menerusi perkongsian-perkongsian tersebut dan menjadi antara tontonan wajib bagi sesetengah rakyat Malaysia.

Keadaan sebenar di ICU

Namun, menerusi salah satu segmen di dalam program berkenaan pada 17 Mei 2021 (Isnin), kisah mengenai keadaan semasa pandemik Covid-19 dan perjuangan frontliner hampir setahun lebih ini amat meruntun hati.

Lebih-lebih lagi apabila salah seorang jururawat menceritakan pengalamannya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan melihat satu demi satu pesakitnya meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Siapa sahaja yang tahan air mata untuk keluar apabila waris pesakit Covid-19 hanya mampu melihat secara panggilan video detik-detik terakhir ahli keluarga di ICU dan hal tersebut sangat menghibakan.

Ramai yang berasa hiba

Menurut jururawat yang ditemu bual pihak Majalah 3, mereka berkhidmat tanpa mengenal agama, bangsa dan status ketika berhadapan dengan pesakit-pesakit wabak ini.

Dia juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan perkara itu diakui oleh warganet di media sosial yang meluahkan rasa hiba apabila menonton program berkenaan.

Terima kasih frontliner

Majalah 3 betul2 menyentuh

Menangis sendiri tonton keadaan sekarang

 

Pakar rayu sama2 kekang pandemik

Dalam pada itu, doktor pakar perubantan kecemasan PKRM Bersepadu yang bertugas di MAEPS Serdang, Selangor, Dr Ong Shue Fen merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi sama-sama mengekang pandemik ini kerana Covid-19 adalah realiti yang amat ditakuti.

Sememangnya perkongsian yang dibuat oleh Majalah 3 merupakan satu inisiatif yang sangat bagus dalam memberi kesedaran kepada semua.

Semoga dengan usaha dan pendedahan realiti sebenar wad-wad menempatkan pesakit pandemik Covid-19 dan tangisan frontliner dapat menyedarkan lagi masyarakat berkenaan bahaya pandemik yang semakin menular di Malaysia.

Sumber: Majalah 3, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*