AS Tutup Konsulat, China Anggap ‘Provokasi Politik’

Washington: Arahan kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya menutup Konsulat China di Houston disifatkan sebagai “provokasi politik,” serta “tindakan keterlaluan dan tidak adil yang boleh mensab0taj hubungan kedua-dua negara,” lapor agensi berita Xinhua.

“AS tiba-tiba menuntut Konsulat China di Houston menghentikan semua operasi dan dalam waktu yang singkat.

“Ini adalah provokasi politik dibuat secara sepihak oleh AS, meIanggar undang-undang antarabangsa, norma asas hubungan antarabangsa dan perjanjian dua hala konsular antara China dan AS,” memetik kenyataan Kedutaan China di AS.

“China mengutuvk sekeras-kerasnya dan menentang tindakan yang keterlaluan dan tidak adil untuk mensabotaj hubungan China-AS,” kata kedutaan itu, sambil menambah China komited dengan prinsip tidak campur tangan urusan dalaman negara lain.

Selama bertahun-tahun, misi diplomatik China di AS termasuk Konsulat di Houston, sudah menjalankan tugas selaras dengan Konvensyen Vienna dan komited mempromosikan pertukaran China-AS dan bekerjasama untuk mengukuhkan persefahaman dan jalinan persahabatan.

“Tuduvhan AS adalah penipuan tidak berasas sama sekali, dan alasan yang digunakan langsung tidak masuk akal dan tidak dapat diterima. Jika bagi pihak AS, ia sebagai usaha untuk menyera4g China, itu tidak boleh dijadikan alasan,” kata kenyataan itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*