BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi diuji positif C0vid-19, memerlukannya kekal berada di bawah pengasingan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden pada Rabu.
Ia adalah ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, beliau “dalam keadaan baik.”
“Presiden Jair Bolsonaro berada dalam keadaan baik, ditemani pasukan perubatan presiden. Ujian yang dilakukan presiden semalam (21 Julai), didapati positif,” jelas kenyataan itu.
Pada 7 Julai, Bolsonaro mengumumkan beliau positif C0vid-19 selepas mengalami demam dan sejak itu presiden menjalankan tugasnya dari rumah dan tidak menghadiri acara umum.
Bolsonaro, 65, termasuk dalam kalangan ber1siko untuk dijangk1ti v1rus itu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: HMetro
Leave a Reply