Pelajar Tingkatan 3 MeninggaI Dunia Di Hari Pertama Persekolahan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Seorang pelajar tingkatan tiga yang memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak di sini, hari ini dilapor pengsan sebelum meninggaI dunia.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon yang mengesahkan perkara berkenaan berkata pelajar berusia 15 tahun itu disahkan meninggaI dunia oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mat1 mengejut dan proses bed4h siasat dijalankan oleh pihak hospital bagi mengenal pasti punca kemat1an,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan pelajar itu berada dalam keadaan sihat sebelum tiba-tiba pengsan di dalam kelas di sekolah berkenaan.

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi Tingkatan 1 hingga 4 serta Tahun 5 dan 6 di seluruh negara.

Sebelum ini, sesi persekolahan dibuka bagi Tingkatan 5 dan 6 serta prasekolah, tadika dan tabika.

— BERNAMA

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*