Unik! Gambar Bayi Ini Lahir Sambil Genggam Dipercayai Alat Cegah Kehamilan Tular!

Seorang bayi yang baru lahir tular di Vietnam apabila dia dipercayai memegang alat intrauterin (IUD) yang digunakan ibunya dalam usaha untuk menceg4h kehamilannya.

Wanita terbabit yang berusia 34 tahun itu dan mempunyai dua anak lain sebelum ini, dikatakan telah memasukkan alat intrauterin (IUD) dua tahun lalu.

Dipercayai IUD keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.

Pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.

“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.

Dia juga mengatakan bahawa IUD mungkin gagaI menceg4h kehamilan sekiranya berpindah dari kedudukan asalnya.

Dua dari gambar tersebut, yang dipos ke laman Facebook hospital, menunjukkan bayi lelaki itu dengan mata tertutup sambil memegang IUD.

Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.

Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam rahim wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*