Cer0boh Perairan Sabah, Dua Bot Nelayan Vietnam Ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah terpaksa mengejar hampir 30 minit sebelum menahan dua bot nelayan Vietnam yang mencer0boh perairan negara, kelmarin.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, kedua-dua bot berkenaan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara tunda ganding di kedudukan 29 dan 32 batu nautika perairan Pulau Mengalum, Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, ketika cuba dihampiri, kedua-dua bot dikesan terus memotong tali pukat dan cuba melarikan diri serta enggan memberikan kerjasama ketika diarahkan berhenti.

Difahamkan, bot APMM terpaksa mengejar selama masa 30 minit sehingga kedua-dua bot nelayan Vietnam akur mematuhi arahan untuk berhenti.

Pengarah APMM Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, sebaik ditahan, pemeriksaan bot pertama mendapati sijil pendaftaran bot berkenaan sudah tamat dan empat kru serta tekong bot juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, semua individu berkenaan berusia lingkungan 18 hingga 42 tahun dan semuanya adalah warga Vietnam.

“Bot nelayan asing kedua juga didapati tamat tempoh sijil pendaftaran bot selain tidak mempunyai sebarang lesen ataupun kebenaran daripada Jabatan Perikanan bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Seramai 16 kru bot dan seorang tekong warga Vietnam yang ditahan berusia lingkungan 28 hingga 49 tahun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Rosli berkata, kedua-dua bot nelayan asing berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Jika sabit bersalah, pesalah boleh dikenakan dend4 tidak melebihi RM6 juta setiap orang pemilik atau nakhoda dan RM600,000 untuk setiap anggota kru,” katanya.

Menurut Mohd Rosli berkata, kedua-dua bot dan kru yang ditahan diiring balik ke Jeti APMM Sepanggar dan diarahkan menjalani ujian sar1ngan C0vid-19 sebaik tiba.

“Pegawai dan anggota maritim yang terbabit dalam operasi berkenaan juga turut diarahkan menjalani ujian saringan C0vid-19 yang dijalankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Mohd Rosli berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya sudah menahan tiga bot nelayan asing yang mencer0boh masuk untuk mencuri kekayaan hasil laut perairan negara.

“Kita memohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk menyalurkan sebarang maklumat kejadian jen4yah dan kecem4san di laut melalui talian 088-387774 dan MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*