“Sekejap-Sekejap Dia Akan Menangis Sambil Berkata Rasa Bersalah”-Suami Tak Tenang, Masih Meracau

TEKONG bot antara 12 individu yang terselamat dalam traged1 bot terbalik di Bachok, kelmarin, sehingga kini masih meracau dan berkali-kali menyatakan kekesalan kerana gagal menyelamatkan m4ngsa yang meninggaI dunia.

Azhar Mat Nisah, 48, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan masih dalam pemantauan pihak hospital berikutan keadaan m4ngsa yang tr4uma.

Isterinya, Halifa Mohd Noor, 47, berkata, sehingga kini suaminya belum mampu bercakap dengan tenang mengenai apa yang berlaku.

“Sedih melihatkan keadaan suami yang dalam keadaan emosi tidak stabil. Sekejap-sekejap dia akan menangis sambil berkata rasa bersaIah kerana gagaI menyelamatkan rakan yang lem4s termasuk awak-awak bot.

“Pihak hospital terpaksa memanggil saya untuk menenangkan suami, namun keadaannya masih tidak stabil selain tidak mampu tidur kerana kejad1an yang berlaku itu masih terbayang dalam fikirannya,” katanya ketika dihubungi.

Selain Azhar, anaknya, Ikram yang berusia 18 tahun juga masih menerima rawatan di hospital berkenaan kerana tertelan air masin yang banyak sehingga menjej4skan p4ru-p4ru.

Mengulas lanjut, Halifa berkata, itu kejadian pertama yang menimpa suaminya sejak puluhan tahun lalu terbabit dengan aktiviti di laut.

“Suami ada berkata kejadian berlaku begitu cepat dan ombak besar menyebabkan bot dinaiki mereka terbalik.

“Selama berpuluh tahun suami ke laut, inilah traged1 pertama yang men1mpanya. Namun saya sentiasa mengingatkan apa yang berlaku adalah takdir Allah, bukannya salah suami,” katanya.

Dalam kejadian 8.30 malam kelmarin, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik ak1bat ombak besar dan ribut.

Susulan kejadian itu, 12 individu berjaya menyelamatkan diri dan lima individu ditemui meninggaI dunia iaitu Wan Aminuddin Wan Hussin, 63; Mohd Syafizam Daud, 43; Muhammad Zaki Muhamad Nordin, 32; Pok Ta berusia 50-an dan Shafiq Che Alim, 29.

Tiga lagi yang masih hilang iaitu Harun Daud, 60; Arman Ismail, 43 danChe Wadi Bakar, 40.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*