Selepas 2 Dekad, Stylist BIGBANG Dan BLACKPINK Akhirnya Tinggalkan YG Entertainment

Penata gaya kumpulan K-pop terkenal BLACKPINK, Jieun mengambil keputusan untuk meninggalkan YG Entertainment selepas 20 tahun berkhidmat.

Menurut laporan Bridge Economics, penata gaya berusia 40 tahun itu telah meninggalkan agensi berkenaan secara rasmi.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Jieun telah berkhidmat dengan artis di bawah naungan YG Entertainment sejak tahun 2010 antaranya Wheesang, BIGBANG, WINNER, Lee Hi, AKMU dan yang terbaru adalah BLACKPINK.

Jieun juga merupakan antara salah seorang penata gaya terkenal Korea dan menerima anugerah ‘Style of The Year’ di Anugerah Muzik Gaon tahun lalu.

Bagaimanapun YG Entertainment tidak mendedahkan punca Jieun menggambil keputusan tersebut.

“Kami tidak boleh mendedahkan sebab Jieun melakukan keputusan tersebut kerana ia merupakan hak peribadi pekerja kami,” kata wakilnya.

Dengan ketiadaan Jieun, kini peminat tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan tempat tersebut dan menata gaya BLACKPINK selepas ini.

Terdahulu, Jieun sering mendapat pujian ramai kerana memberikan penataan gaya fasyen yang unik, stylo dan cantik kepada kumpulan popular milik agensi tersebut iaitu BIGBANG serta BLACKPINK.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*