Khurafat Alam Maya

LAZIMNYA dahulu, objek khur4fat membabitkan tangkal dan azimat hanya mampu diperoleh jika mengunjungi negara jiran, dukun atau pawang di pedalaman. Namun perubahan zaman menyaksikan semua itu mampu dibeli melalui platform jualan dalam talian atau e-dagang.

Ternyata pengguna tidak hanya ditawarkan produk kegunaan harian dan barangan rumah, malah boleh menempah pelbagai minyak pengasih, azimat, pelindung diri, tangkal kebaI, gelang tarik rezek1, batu s4kti, tali pinggang ant1 s4ntau dan pelbagai barangan m1stik lain.

Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa laman web e-dagang popular mendapati pelbagai azimat dan tangkal yang jelas bertent4ngan akidah bebas dijual.

Antara paling laris di pasaran adalah tali pinggang panglima per4ng hitam dan baju wafaq per4ng yang didakwa mampu melindungi diri dari bah4ya jika dipakai di pinggang atau tubuh.

Melalui keterangan dilampirkan, si penjual mendakwa barangan itu boleh dijadikan azimat apabila diletakkan di pintu rumah atau kereta sebagai pendinding diri, penunduk musvuh serta alat anti s4ntau serta s1hir.

Malah turut ditawarkan az1mat kulit kijang yang didakwa memiliki aura istimewa untuk menjadikan di pemakai bertubuh kebal, ditakuti j1n, menaikkan semangat serta memiliki kewibawaan tinggi.
MINYAK aura buluh perindu.
MINYAK aura buluh perindu.

Turut menarik perhatian pelbagai jenis minyak pengasih yang menggunakan nama minyak puteri, minyak perindu asli, minyak rakyom dan pelbagai nama pelik.

Semua minyak ini dijual antara RM150 hingga RM600 sebotol, didakwa dihasilkan ketika bulan mengambang khusus untuk kelihatan tampan, menundukkan individu disukai, pemikat dan pelaris perniagaan.

Selain itu ada pelbagai azimat pelik dijual melalui dalam talian antaranya geliga kelapa, rotan songsang, raja kemeny4n, geliga lip4n, teras delima dan besi kuning yang diyakini mampu membawa kemenangan ketika berjudi selain digunakan golongan VIP untuk meraih sokongan dan kekayaan.
MINYAK harum pengantin.
MINYAK harum pengantin.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, agak pelik apabila ada dalam kalangan masyarakat masih mempercayai objek dan amalan khurafat ini walaupun teknologi maklumat berkembang.

Menurutnya, agak sukar menghak1s kepercayaan k4rut dan m1stik terhadap objek mengarut terutama dalam kalangan individu cetek ilmu agama.

“Masyarakat perlu lebih berhati-hati dan merujuk ilmuwan berhubung rantaian produk dalam talian yang meragukan.

“Gaya pembelian dalam talian membabitkan produk yang menjurus kepada amalan bertentangan agama mampu membawa kepada kekufuran,” katanya.
AZIMAT.
AZIMAT.

Menurutnya, orang ramai dinasihati membina elemen pemikiran minda keselamatan iaitu cara pemikiran berasaskan kepentingan menilai secara kritikal terhadap sebarang elemen kecenderungan penipuan dan ideologi bertentangan norma asas agama Islam.

“Antara faktor mendorong berlaku khurafat adalah mudah mempercayai perkara tahyul, kecetekan ilmu agama dan terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau benda,” katanya.

Perbuatan syirik ibarat racun dalam badan

“(Perbuatan) khurafat ini tidak mengira zaman. Sebelum ada banyak kemudahan atau pada zaman serba canggih kini, khurafat tetap wujud,” ujar Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Menurutnya, umat Islam perlu menjauhi atau mengelak daripada terjebak perkara khurafat yang boleh mendatangkan sy1rik.

“Khurafat adalah dosa yang tidak boleh diampunkan. Umat Islam perlu elak terjebak perkara khurafat kerana ia membawa kepada syir1k,” katanya.

Beliau turut membidas aktiviti penunggang agama menjual tangkal menggunakan platform media sosial.

Katanya, kepercayaan karut tidak sepatutnya dilayani umat Islam.
MOHAMAD Shukri. FOTO Arkib NSTP
MOHAMAD Shukri. FOTO Arkib NSTP

“Sama ada ditawarkan dalam bentuk kemudahan maya dan sebagainya, kita perlu menep1s dan mengelak perkara ini.

“Pembekal barangan ini jangan ambil kesempatan. Agama tidak boleh ditukar ganti atau dijual dengan kebendaan.

“Perkara seperti ini sanggup dilakukan mereka yang menjadi hamba kebendaan.

Nabi menyebut ceIakalah manusia yang jadi hamba kepada dinar atau dirham (wang ringgit),” katanya.

Sementara itu, pendakwah terkemuka, Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, kesan kepercayaan amalan khurafat atau syirik umpama r4cun yang memudaratkan tubuh badan.

“Jangan ambil atau percaya benda khurafat ia macam r4cun hingga menyebabkan amalan seseorang itu tidak diterima.

“B4haya lagi kalau dia mat1 dalam keadaan sy1rik tanpa sempat bertaubat.

“Dalam Islam diajar cepat bertaubat dan perbetulkan segera kesalahan. Jangan biar ia terus menguasai diri,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*