‘Duit Pencen, Bukan Hasil Duit H4ram’

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, wang RM100,000 yang dis1ta Suruhanjaya Penceg4han R4suah Malaysia (SPRM) daripada Tan Sri Kasitah Gadam dua tahun lalu, adalah wang pencen milik bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi itu.

Peguamnya, Sasila Basri, dalam penghujahan berkata, wang yang disimpan dalam akaun Bank CIMB itu wujud sejak Kasitan pencen bermula 2004.

Beliau berkata, eksibit pendapatan anak guamnya menunjukkan ada kemasukan wang pencen dalam setahun melebihi RM100,000.

Katanya, afidavit anak guamnya menunjukkan pihaknya dapat mengesan pembayaran pencen dari 2010 sehingga melepasi 2012 yang mana dalam tempoh itu wujud dakwaan kemasukan wang daripada Datuk Seri Najib Razak.

“Pada 2010 , jumlah dalam akaun sudah melebihi RM100,000. Untuk rekod, beliau pesara kerajaan iaitu bekas menteri, oleh itu wang dalam akaun mencukupi untuk membuktikan akaun ini diwujudkan bagi wang pencen dan bukan menerima wang haram atau hasil aktiviti haram seperti dinyatakan pendakwaan.

“Tiada penafian anak guam saya mengaku menerima wang itu daripada Perdana Menteri (ketika itu) yang sudah digunakan untuk pilihan raya setahun selepas itu. Wang berkenaan diterima pada 2 Februari 2012.

“Ini jelas menunjukkan wang dalam akaun itu milik sepenuhnya responden yang tidak dicabar oleh pendakwaan.

“Kami memohon permohonan meIucut hak ini ditolak kerana ia menyebabkan prejud1s kepada anak guam saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nik Haslinie Hashim berhujah, jika mahkamah melihat ia bukan hasil aktiviti haram seperti didakwa responden dan sudah digunakan, mahkamah berkuasa mengeluarkan perintah kewangan.

Beliau berkata, perintah mengikut Seksyen 59 Akta Pengubahan Wang H4ram (AMLA) 2001 menetapkan responden dikehendaki membayar semula wang itu kepada kerajaan dan perintah penalti bahawa amaun itu sama dengan yang diterima responden.

Katanya, Najib sudah didakwa melalui tuduhan pengubahan wang h4ram, dan ia mencukupi bagi mahkamah berpuas hati bahawa satu kesaIahan predikat sudah berlaku bagi permohonan meIucut hak oleh pendakwaan.

“Kami menyatakan tiada bukti kukuh wang itu digunakan untuk pilihan raya dan tiada afidavit sokongan daripada Najib untuk mengesahkan perkara itu.

“Jika itu wang pencen, sudah tentu responden akan menggunakan wang itu, ” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, menetapkan 24 Julai bagi memutuskan permohonan Pendakwa Raya meIucut hak wang berkenaan.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, dalam satu sidang media tahun lalu, berkata pihaknya memfailkan permohonan untuk meIucut hak harta terhadap 41 responden bagi memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tindakan undang-undang itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang H4ram dan Penceg4han Pembiayaan Keg4nasan (AMLA) di mana SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun Najib.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*