Kaherah: Bintang muda TikTok menjadi sasaran terbaharu pihak berkuasa Mesir yang menuduh golongan itu sebagai penyebar kemaks1atan dalam masyarakat.
Sejak Presiden Abdel Fatah al-Sisi berkuasa pada 2014, ratusan wartawan, aktivis, peguam dan ahli intelektual sudah ditahan dan banyak laman web disek4t atas alasan keselamatan negara.
The Guardian dipetik melaporkan beberapa bulan kebelakangan ini kumpulan wanita popular di media sosial juga membangk1tkan kem4rahan pemerintah dan ada yang sudah ditahan.
Penuntut universiti, Haneen Hossam dituduh mempromosikan peIacuran dan ditahan pada April selepas dia menyiarkan klip video memberitahu lebih 1.3 juta pengikutnya bahawa perempuan boleh menjana wang menerusi TikTok.
Mowada al-Adham yang dikenali dengan klip s1ndiran di TikTok dan Instagram pula ditahan pada Mei.
Pihak pendakwaan memaklumkan kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan meng4ncam nilai kekeluargaan masyarakat Mesir, melalui hantaran mereka di media sosial.
Mahkamah memerintahkan Hossam dibebaskan dengan jaminan minggu lalu, namun pendakwa raya pada Khamis memberitahu dia ditahan semula selepas penemuan bukti terbaharu.
Lewat Mei berlaku kes yang lebih mengejutkan apabila remaja perempuan berusia 17 tahun dengan muka yang penuh Iebam, memuat naik video di TikTok mendakwa dir0gol sekumpulan lelaki.
Pihak berkuasa pula bertindak menahannya bersama enam lelaki yang didakwa menyer4ngnya dan semua mereka didakwa atas tuduvhan mempromosikan pesta sek5.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: HMetro
Leave a Reply