Tunang kepada pelakon dan usahawan Isa Khan, Risteena Munim akui tidak sangka menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah sempena ulangtahun perkenalan mereka baru-baru ini. Jelas Risteena, dia langsung tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dirancang Isa itu.
“Saya sangat gembira dan bangga dapat melihat satu persatu kejayaan yang Isa capai sekarang.
“Memang tak terlintas langsung Isa hadiahkan sebuah kereta. Terfikir dalam kotak itu benda lain, tapi bukanlah cincin pun,” katanya kepada Gempak.
Malah, Risteena rasa beruntung memiliki pasangan serajin Isa yang berusaha untuk membahagiakan dan mendapatkan apa yang dihajati.
“Saya beruntung ada pasangan seperti Isa yang selalu berusaha untuk membahagiakan saya.
“Pasangan lain ada cara mereka sendiri. Masing-masing punya cara.
“Tapi saya bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki seperti Isa,” tambahnya.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram, Risteena menerima sebuah kereta mewah jenis Audi dengan plat pendaftaran khas dan stiker bercetak Isa X Ris.
Menurut tinjauan Gempak, harga pasaran semasa kereta mewah model tersebut sekitar RM339,000.
Bagaimanapun, Risteena tidak menghadiahkan apa-apa pun buat Isa sempena sambutan ulangtahun perkenalan mereka.
Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Gempak
Leave a Reply