Dah Tak Sabar Nak Bercuti Di Luar Negara? Ini Penjelasan Datuk Noor Hisham

Perkara paling sukar ketika pandem1k C0VID-19 ini pastinya untuk bercuti ke luar negara.Tidak dinafikan orang ramai tidak sabar menunggu pengumuman kerajaan untuk membuka semula sempadan antarabangsa.

Namun, menerusi laporan Astro Awani, perbincangan untuk membuka sempadan antarabangsa untuk enam negara berstatus zon hijau masih di peringkat awal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbincangan tersebut membabitkan Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

“Setakat ini dua negara iaitu Singapura dan Brunei masih belum memberi persetujuan berhubung perbincangan tersebut,” katanya.

Jelasnya, dalam usaha membuka sempadan negara, Malaysia dan negara tersebut perlu mencapai persetujuan bersama terutamanya dari segi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

“Setakat ini kita berbincang dengan pelbagai agensi dan negara berkenaan tapi masih di peringkat awal, masih belum mendapat persetujuan dari dua negara. Kita kena pastikan dua-dua negara setuju terutamanya dari segi pelaksanaan SOP.

“Kerjasama antara dua negara penting dan sekarang perbincangan bukan hanya melibatkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tapi melibatkan Kementerian Luar Negeri dan sebagainya,” katanya dalam sidang media harian perkembangan C0VID-19 hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*