Imej TuIang Manusia Dikesan Di Planet Marikh, Ini Jawapan Nasa

TERDAPAT banyak batuan berbentuk ganjiI yang dikesan di planet Marikh yang berdebu dan tandus.

Namun kebelakangan ini muncul laporan yang berlegar di internet mengenai penemuan objek menyerupai tuIang manusia di planet berwarna merah itu.

Sebenarnya, imej objek yang dikatakan tuIang manusia itu diambil pada tahun 2014 oleh pasukan Nasa Curiosity.

Ia kembali diperkatakan kini kononnya seumpama ‘bukti’ bahawa ada makhluk yang pernah mendarat di planet berkenaan.

Nasa sendiri terpaksa mengambil masa untuk meny1ngkirkan teori tersebut enam tahun yang lalu.

“Dilihat oleh Mars Rover Curiosity menggunakan kamera MastCamnya, batuan ini mungkin kelihatan seperti tuIang paha femur.

“Anggota pasukan misi sains berpendapat bentuknya kemungkinan terpahat oleh hakisan, sama ada angin atau air,” tulis jurucakap agensi angkasa itu dalam catatan blognya.

“Marikh mungkin tidak mempunyai oksigen yang cukup di atmosferanya dan di tempat lain untuk menyokong organisma yang lebih kompleks. Oleh itu, tak mungkin ia adalah tuIang manusia”. – Metro.co.uk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*