Tak Cukup Digelar ‘Ikan Keli’, Influencer Dicop Sombong

BAGI mereka yang aktif menggunakan laman sosial Twitter, nama Muhd Faizul Suerman yang lebih popular dengan gelaran ‘ikan keli’ pastinya sudah tidak asing lagi.

Bagaikan tidak berkesudahan, ada sahaja kec4man dan isu negat1f yang dikaitkan dengan selebriti media sosial berusia 21 tahun ini.

Terbaharu, namanya menjadi sebutan apabila dituduvh sombong sewaktu keluar membeli makanan di sebuah pusat beli belah di Melaka, baru-baru ini.

Mesra disapa Faizul, dia mengakui kecewa apabila fotonya yang sedang berjalan sambil bermain telefon bimbit dirakam tanpa sedar dari jauh sebelum ia dikongsi di laman sosial.

“Masa tu saya pergi bungkus makanan. Saya memang suka jalan sambil main telefon, masa itulah nak balas mesej, nak buat review dan sebagainya.

“Tak lama kemudian kawan hantar screenshot, ada orang post gambar saya tengah berjalan dengan kapsyen kata saya acah-acah, macam sombong.

Faizul mengakui terkiIan apabila dituduvh sombong di media sosial.

“Dia tak ada tak teguvr saya pada waktu itu, macam mana saya nak tegur balik? Dia pun ambil gambar saya dari jauh,” ujarnya kepada mStar.

Menurut lepasan politeknik dalam bidang perakaunan itu, dia sejujurnya terkiIan dan sedih apabila dituduh sedemikian rupa.

Namun katanya, dia kini seakan-akan tidak kisah memandangkan sudah acap kali menjadi bahan kec4man di laman sosial itu.

Kepada yang post gambar tu, saya tahu siapa dia. Tapi malas nak dedahkan takut dia kena kec4m.
-MUHD FAIZUL SUERMAN-
SELEBRITI MEDIA SOSIAL

“Mungkinlah kena k0rbankan privasi bila orang dah kenal. Tak buat apa-apa pun kena juvdge. Saya rasa golongan artis mungkin kena lebih teruvk.

“Sedihlah juga, saya jalan je pun, orang cakap sombong. Kecewa sikit. Bagi saya kita semua tak ada beza, popular atau tidak.

“Kalau kenal tegurlah, jangan ambil gambar dari jauh. Start tegur dulu, kalau saya tak sibuk, boleh je nak berborak, ambil gambar dan sebagainya,” katanya lagi.

Posting mengenai Faizul yang tuIar.

Dalam masa sama, Faizul juga sempat menitipkan pesanan buat individu tersebut yang seolah-olah sengaja mengaitkan isu sombong dengan dirinya.

“Kepada yang post gambar tu, saya tahu siapa dia. Tapi malas nak dedahkan takut dia kena kec4m.

“Kalau jumpa kat depan boleh je tegur, saya pun akan tegur balik. Benda tak ada isu,” katanya lagi.

Kata Faizul, dia pastinya akan melayan sesiapa sahaja yang menegur dirinya di tempat awam.

Di Twitter, Faizul turut berkongsi semula posting asal yang dimuat naik individu tersebut.

Ia sehingga kini menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) dan turut dihujani pelbagai komen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*